IKHLAS Niaga Takaful


Pengenalan

IKHLAS NIAGA TAKAFUL direka untuk memberi perlindungan komprehensif bukan sahaja kepada industri kecil sederhana (SMI) dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (SME), termasuklah rumah kedai dan pejabat-pejabat, peruncit dan pemborong juga klinik-klinik, hotel-hotel, dan rumah-rumah tumpangan. Pelan yang unik ini menawarkan flesksibiliti dan direka khusus untuk memberi perlindungan berdasarkan keperluan spesifik pemilik-pemilik perniagaan persendirian.

Apakah yang diltawarkan oleh IKHLAS Niaga Takaful?
Ia memberi perlindungan yang luas dan manfaat-manfaat yang direka untuk memberi perlindungan maksimum kepada perniagan berlainan sektor.
  • IKHLAS OfficeNIAGA - for untuk pejabat-pejabat dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang serupa.
  • IKHLAS RetailNIAGA - Untuk SMI dan SME, pemborong-pemborong dan peruncit-peruncit, bengkel-bengkel dan kontraktor-kontraktor.
  • IKHLAS ComercialNIAGA - Untuk hotel-hotel, tempat -tempat percutian dan rumah-rumah tetamu.
  • IKHLAS ClinicNIAGA - Untuk klinik-klinik/pusat pembedahan doktor-doktor dan doktor-doktor gigi.
Ciri-ciri utama

KEBAKARAN DAN PERIL-PERIL BERKAITAN
Seksyen ini memberi perlindungan kepada bangunan (sekiranya dimiliki oleh anda atau anda bertanggungjawab secara perundangan sebagai penyewa bagi perlindungan insurans) dan isi kandungannya terhadap kerugian dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan kilat.

Lain-lain peril tambahan adalah seperti banjir, kerosakan impak oleh kenderaan di jalanraya, kerosakan yang disebabkan oleh kapalterbang atau peralatan antena atau item-item yang dijatuhkan daripada kapalterbang atau peralatan antena dan sebagainya, juga boleh dimasukkan dengan tambahan sumbangan.

PERIL-PERIL KOMPREHENSIF (SEMUA RISIKO)
Pelan ini melindungi kerugian dan kerosakan atau kemusnahan ke atas harta-benda seperti peralatan pejabat, komputer-komputer peribadi dan peralatan elektronik yang disewa-beli atau dipajak daripada sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian atau lain-lain malapetaka yang tidak dikecualikan secara spesifik.

(PECAH MASUK RUMAH)
Memberi perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan stok dalam perdagangan, perabut, hiasan yang terlekat dan peralatan di dalam lingkungan premis-premis yang dilindungi daripada kecurian yang dilakukan dengan kemasukan ke dalam dan keluar daripada premis secara kekerasan.

MONEY ( WANG)

Pelan ini melindungi kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan wang di dalam perpindahan (transit) di dalam premis semasa dan selepas waktu bekerja dan berada semalaman di dalam rumah. Selain daripada itu pelan ini juga melindungi kerugian atau kerosakan ke atas peti besi atau bilik kebal akibat daripada kecurian atau cubaan mencuri atau merompak.

PLATE GLASS (Plat/Kepingan Kaca)
Pelan ini memberi perlindungan ke atas pemecahan akibat kemalangan atau kerosakan kepada barangan kaca yang telah dinyatakan.

PUBLIC LIABILITY (Liabiliti Awam)
Pelan Liabiliti Awam melindungi liabiliti yang sah di sisi perundangan yang melibatkan kes-kes kecederaan tubuh badan/penyakit dan/atau/kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga akibat kemalangan dan terjadi disebabkan oleh urusan perniagaan yang berada di dalam had zon seperti ditetapkan di dalam sijil.

EMPLOYERS LIABILITY (Liabiliti Majikan)
Ia memberi gantirugi kepada majikan terhadap perundangan umum yang berkenaan dengan kecederaan tubuh badan atau kecederaaan yang boleh membawa maut kepada pekerja akibat kemalangan semasa mereka masih dalam perkhidmatan .

GROUP PERSONAL ACCIDENT (Kemalangan Diri Berkumpulan)
Group Personal Accident takaful penting untuk melindungi sekumpulan orang(di dalam kes ini para pekerja anda) daripada kecederaan tubuh badan atau kematian yang diakibatkan oleh kemalangan. Perlindungan adalah untuk tempoh 24 jam, seluruh dunia.

Tambahkan lebih keistemewaan dan kelebihan kepada pelan untuk melindungi perniagaan anda. Adalah berbaloi untuk selalu bertindak secara proaktif terutaman dalam menghadapai sesuatu kejadian yang tidak diduga.

Diskripsi mengenai perlindungan di atas hanyalah merupakan keterangan ringkas untuk rujukan mendapatkan rujukan yang cepat dan mudah. Keterangan lanjut mengenai syarat-syarat yang digunakan terdapat di dalam dokumen sijil.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP