IKHLAS Erection All Risks Takaful

Pengenalan
Takaful ini memberi perlindungan ke atas risiko yang terlibat dalam pembinaan loji/kilang, struktur-struktur jentera dan besi dan seumpamanya. Ia juga memberi perlindungan ke atas tuntutan-tuntuan pihak ketiga yang berkaitan dengan kerosakan harta-benda atau kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kerja-kerja berkaitan mendirikan bangunan.

SKOP PERLINDUNGAN

Seksyen 1 - Kerosakan Bahan
Takaful Erection All Risks (EAR) memberi perlindungan ke atas semua risiko. Di bawah seksyen ini, Syarikat bersetuju yang semua kerugian atau kerosakan fizikal yang tidak disangka atau terjadi tanpa diduga akibat mana-mana sebab yang terjadi semasa tempoh takaful, selain daripada yang dikecualikan secara spesifik akan diberi ganti-rugi.
Syarikat juga akan memulangkan kos pembersihan sis-sisa buangan di dalam mana-mana keadaan yang menyebabkan kenaikan tuntuan dengan syarat jumlah berasingan telah ditentukan dan memasuki Jadual Sijil.

Seksyen II - Liabiliti Pihak Ketiga
Syarikat akan mengganti-rugi peserta sehingga pada jumlah yang telah ditetapkan sekiranya peserta menurut undang - undang di pertanggungjawabkan untuk membayar sekiranya terjadi kerosakan-kerosakan turutan seperti:-

a) kecederaan tubuh badan akibat kemalangan atau penyakit kepada pihak ketiga ( sama ada mati atau tidak)
b) kerugian akibat kemalangan atau kerosakan kepada harta-benda milik pihak ketiga, terjadi kerana berkaitan secara langsung dengan tindakan mendirikan, membina atau membuat percubaan ke atas item-item yang dilindungi di bawah Seksyen 1 dan berlaku di atas atau di dalam persekitaran terdekat di tapak pembinaan semasa tempoh perlindungan.

Sebagai tambahan Syarikat akan turut mengganti-rugi peserta ke atas:

a) semua kos dan perbelanjaan perundangan yang dikenakan oleh mana-mana pihak yang menuntut dari peserta dan
b) Semua kos dan perbelanjaan yang dikenakan dengan persetujuan bertulis dari Syarikat, dengan syarat ianya tidak melebihi had ganti-rugi yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil


TEMPOH PERLINDUNGAN

Liabiliti Syarikat bermula serta-merta sebaik saja bermula kerja-kerja atau sebaik saja item-item yang dilindungi diletakkan di tapak pembinaan seterusnya sehingga diambil-alih atau selepas ujian pertama ke atas operasi atau ujian bebanan telah lengkap dijalankan, mana-mana yang terdahulu, tetapi tidak melebihi tempoh empat minggu dari tarikh bermulanya ujian( melainkan sekiranya dipersetujui secara bertulis)

Walau bagaimanapun, jika sebahagian loji/kilang atau satu atau beberapa mesin telah diuji dan atau mula beroperasi atau diambil-alih, perlindungan ke atas bahagian tertentu loji/kilang atau mesin (mesin-mesin) dan sebarang liabiliti yang diakibatkan daripadanya ditamatkan sementara perlindungan diteruskan ke atas bahagian-bahagian lain yang masih ada.
Dalam kes item-item terpakai, pihak takaful walaubagaimanapun akan menamatkan secara serta-merta perlindungan ke atas permulaan ujian.

JUMLAH PERLINDUNGAN

Jumlah perlindungan merupakan nilai jentera atau loji/kilang yang akan didirikan berdasarkan kontrak pembekalan, termasuk kos kargo, duti-duti kastam dan eksais dan kos mendirikan bangunan.
Biasanya jumlah perlindungan berasingan adalah ditentukan kepada:-

* jentera dan peralatan mendirikan bangunan pada nilai penggantian baru
* harta-benda yang terletak di tapak pembinaan, milik kepada atau dalam jagaan atau kawalan peserta atau pihak prinsipal
* perlindungan tambahan contohnya perbelanjaan kargo udara,kos membersihkan sisa-sisa buangan

Liabiliti Pihak Ketiga juga dilindungi tertakluk kepada had berasingan ke atas ganti-rugi untuk setiap satu satu atau siri-siri kemalangan yang disebabkan oleh satu kejadian.

Pengecualian-pengecualian
Perlindungan yang diberikan oleh Takaful EAR adalah komprehensif tertakluk kepada pengecualian-pengecualian tertentu seperti dinyatakan di dalam Sijil. Sebagai tambahan Syarikat tidak akan mengganti-rugi kerugian ,kerosakan atau liabiliti yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kemunculan atau diburukkan keadaannya oleh:-

a) peperangan, serangan, tindakan musuh luar negara,perseteruan (sama ada peperangan diumumkan atau tidak), peperangan sivil, pemberontakan, revolusi, kebangkitan awam, penderhakaan,rusuhan, tunjuk perasaan, sekatan kerja, kegemparan awam, ketenteraan atau rampasan kuasa, sekumpulan penjahat atau orang-orang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi politik, konspirasi, rampasan, penawanan, pengambilalihan atau pemusnahan atau merosakkan dengan arahan "de jure" atau "de facto" mana-mana kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa awam.
b) tindakbalas nuklear, radiasi nuklear, atau pencemaran radioaktif.
c) tindakan atau kecuaian yang disengajakan oleh peserta atau wakil-wakilnya.
d) Penamatan kerja sama ada sepenuhnya atau sebahagian.

Pengecualian-pengecualian khusus kepada Seksyen I - Kerosakan Bahan-bahan
Syarikat tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas:-

a) deduktible yang dinyatakan di dalam jadual yang akan ditanggung oleh peserta dalam setiap satu kejadian;
b) kerugian turutan akibat mana-mana deskripsi, seperti tuntutan-tuntutan daripada denda-denda, kerugian akibat kelewatan, kehilangan kontrak;
c) kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau kesilapan reka bentuk, kerosakan atau pemilihan bahan-bahan atau pembuatan yang tidak elok selain daripada kesilapan dalam mendirikan bangunan;
d) kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh keadaan item yang secara semulajadi menjadi haus dan usang, reputan, berkarat, berkerak;
e) kerugian ke atas atau kerosakan kepada fail-fail, lukisan-lukisan, akaun-akaun, bill-bill, matawang, stem,dokumen perundangan, bukti-bukti hutang, nota-nota,sekuriti, cek, bahan-bahan yang dibungkus seperti bekas, kotak, peti barangan;
f) Kerugian yang ditemui hanya semasa menjalankan penyenaraian inventori.

PENGECUALIAN-PENGECUALIAN KHUSUS KEPADA SECTION II - Liabiliti Pihak Ketiga

Syarikat juga tidak akan membayar pampasan kepada peserta sekiranya:-

a) deduktibel yang dinyatakan di dalam jadual adalah atas tanggungan peserta dalam setiap satu kejadian;
b) perbelanjaan yang dikenakan dalam membuat, membuat semula atau memperelok atau membaiki atau menggantikan sebarang item yang dilindungi atau dilindungi di bawah Seksyen 1 Sijil ini.


c) liabiliti turutan disebabkan:-

i) kecederaan tubuh badan atau penyakit ke atas para pekerja atau buruh kontraktor atau pihak prinsipal atau mana-mana firma lain yang mempunyai hubungan dengan projek di mana atau sebahagian projeknya adalah dilindungi di bawah Seksyen I, atau yang melibatkan ahli-ahli keluarga mereka.

ii) kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengan harta-benda milik atau berada dalam simpanan dan jagaan atau kawalan kontraktor atau pihak prinsipal atau mana-mana firma lain yang mempunyai hubungan dengan projek di mana atau di bahagian projeknya yang dilindungi di bawah Seksyen I, atau yang melibatkan pekerja atau buruh salah seorang seperti dinyatakan di atas.

iii) mana-mana kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan-kenderaan yang dilesenkan untuk kegunaan umum di jalanraya atau vesel atau kapalterbang yang boleh berada di air.

iv) Mana-mana perjanjian oleh peserta untuk membayar sebarang jumlah dengan cara pampasan atau melainkan sekiranya liabiliti seumpama itu telah disertakan juga walaupun tanpa kewujudan perjanjian tersebut.

PENGLUASAN STANDARD KE ATAS PERLINDUNGAN ASAS

Pembuangan Sisa Buangan
Syarikat akan membayar balik kepada Peserta kos ke atas pembersihan sisa buangan dalam sebarang keadaan di mana kos tersebut menyebabkan kenaikan jumlah tuntutan. Orang yang membuat usul perlu digalakkan untuk menyatakan jumlah yang mencukupi untuk melakukan pembuangan sisa buangan yang perlu dimasukkan ke dalam Jadual Sijil di bawah Seksyen 1.

Struktur-struktur Sedia Ada dan/atau Harta-benda Disekeliling
Kerugian atau kerosakan kepada harta-benda yang terletak di atas atau bersebelahan dengan tapak pembinaan dan adalah milik atau dalam jagaan atau kawalan pihak prinsipal (prinsipal-prinsipal) atau kontraktor (kontraktor-kontraktor) akan dilindungi jika mempunyai hubungan langsung dengan aktiviti mendirikan, membina atau menguji item-item yang dilindungi di bawah Seksyen 1 dan berlaku dalam tempoh perlindungan, dengan syarat jumlah perlindungan yang berasingan ( contohnya had gantirugi) telah dimasukkan ke dalam Jadual Sijil di bawah Seksyen 1.

Perlindungan ini tidak digunapakai ke atas jentera-jentera pembinaan/mendirikan atau peralatan pembinaan/mendirikan.

Jumlah perlindungan yang relevan ( contohnya had gantirugi) perlu ditentukan untuk membolehkan kemalangan yang teruk melibatkan harta-benda tersebut contohnya mengambilkira nilai semua item yang berada di sekeliling tapak mendirikan banggunan atau dalam jagaan atau kawalan peserta.

Third Party Liability (Laibiliti Pihak Ketiga)
Laibiliti Pihak Ketiga ini hanya boleh dilindungi jika berkaitan dengan kerosakan material yang dinyatakan di bawah Seksyen 1.

Had gantirugi bagi Laibiliti Pihak Ketiga tidak boleh melebihi:-
  • Jumlah keseluruhan yang dilindungi di bawah Seksyen 1 Jadual Sijil
  • Had Jumlah keseluruhan gantirugi seperti yang dinyatakan di dalam "Reinsurance Treaty (RTL)"
  • Mana-mana jumlah yang lebih rendah
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera (ekspres) hanya akan dilindungi jika sebelum ini dan secara khusus telah mendapat persetujuan secara bertulis.

Peralatan pembinaan/Mendirikan
Peralatan pembinaan/mendirikan seperti "scaffolding", pagar, alat melawan kebakaran, khemah di tapak binaan, pejabat -pejabat di tapak binaan dan sebagainya juga boleh dilindungi di bawah Sijil ini.

Jentera-jentera Pembinaan/ Mendirikan
Semasa berada di tapak binaan, Jentera-jentera Pembinaan/ Mendirikan juga boleh dilindungi di bawah Sijil. Dalam hal ini senarai lengkap mengenai item-item ini yang turut menunjukkan harga nilai-nilai item gantian baru perlu disertakan kepada Sijil.

PENGLUASAN KHAS KE ATAS PERLINDUNGAN ASAS

Tunjuk Perasaan, Rusuhan Dan Kegemparan Awam
Sekiranya diminta, risiko-risiko seperti tunjuk perasaan,rusuhan dan kegemparan awam (SRCC), tanpa menjangkakan sekerap manakah kejadian ini boleh berlaku, juga boleh dimasukkan ke dalam sijil. Walau bagaimana had gantirugi yang dijamin tidak boleh melebihi jumlah perlindungan sijil.

Cross Liability (Liabiliti Bersilang)
Sekiranya beberapa pihak dilindungi ingin berada dalam keadaan seolah-olah sijil berasingan telah dikeluarkan ke atas setiap pihak, pengluasan "Cross Liability" perlu digunapakai.
Tujuan endorsemen ini adalah untuk menjelaskan secara terperinci skop perlindungan yang dijamin ke atas setiap seorang kontraktor di bawah Seksyen II Sijil.

* Kerugian atau kerosakan kepada item-item yang dilindungi di bawah Seksyen I, Polisi tidak akan digantirugi di bawah Seksyen II. Sekiranya salah satu daripadanya diketepikan kerosakan material yang disebabkan oleh seorang kontraktor kepada kontraktor yang lain atau kepada harta-benda milik prinsipal akan diuruskan di bawah Seksyen TPL.
* Orang-orang yang bekerja di tapak pembinaan tidak akan dilindungi di bawah Polisi ini sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja jika mereka telah atau mungkin telah dilindungi di bawah Insurans Gantirugi Pekerja atau Insurans Liabliti Majikan. Sebarang liabiliti yang timbul akibat kecederaan bukan membawa maut (fatal) atau kecederaan bukan-membawa maut (non-fatal injury) atau akibat penyakit ke atas para pekerja atau buruh adalah dikecualikan daripada sijil ini.


Penyelenggaraan
Seksyen I Sijil boleh diperluaskan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja mendirikan bangunan dan mesti terjadi semasa tempoh penyelenggaraan.
Dua jenis perlindungan yang ada ialah:-

a) lawatan-lawatan penyelenggaraan, melindungi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh operasi-operasi penyelenggaraan.
b) penyelenggaraan yang dipanjangkan tempohnya.

Perlindungan adalah seperti klausa a) juga melindungi kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa tempoh penyelenggaraan yang berlaku dalam temph pembinaan dan mendirikan bangunan. Perlindungan ini walau bagaimanapun mungkin menimbulkan banyak masalah dan oleh itu perlu dielakkan selagi mana yang boleh dielakkan.
Tempoh perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan semasa tempoh penyelenggaraan mestilah tidak melebihi 12 bulan.
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera(ekspres).

Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera (ekspres) juga boleh diperluaskan di bawah Sijil ini.

Pembayaran semula caj-caj tambahan ini terhad kepada tuntutan-tuntutan ganti rugi jaminan dan kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.

Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara yang dikenakan kerana berkait langsung dengan kerja-kerja pembaikan juga boleh diperluaskan.
Pengembalian semula caj-caj tambahan ini adalah terhad kepada tuntutan-tuntutan dengan ganti-rugi dijamin, contohnya kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP