IKHLAS Contractors' All Risks Takaful

Peserta

Perlindungan Takaful CAR boleh diambil oleh:-

1. Pihak prinsipal
2. Para kontraktor yang melaksanakan projek, termasuk semua sub-kontraktor

Untuk mengelakkan pertindihan ataupun perbezaan (jurang) di dalam perlindungan yang diberikan, Takaful CAR perlu diambil oleh semua pihak yang berkenaan.  

Perkara/item yang dilindungi:
Takaful CAR boleh diambil untuk semua bangunan dan projek-projek kejuruteraan sivil seperti:-

1. rumah kediaman dan bangunan-bangunan pejabat, hospital-hospital, sekolah-sekolah, panggung wayang
2. kilang-kilang, loji/kilang-loji/janakuasa
3. kemudahan jalanraya dan landasan keretapi, lapangan terbang
4. Jambatan-jambatan, empangan,sekatan, terowong-terowong, bekalan air dan sistem perparitan, terusan-terusan dan pelabuhan-pelabuhan

Perlindungan terutamanya mengandungi perkara-perkara berikut:-;

Kerja-kerja Kontrak
Terma ini bermaksud semua operasi yang akan dijalankan oleh kontraktor dan sub-sub kontraktornya seperti yang dipersetujui dalam kontrak bangunan, termasuk persediaan kerja di tapak pembinaan, pembinaan struktur-struktur sementara, juga penggunaan semua material yang disimpan di tapak binaan yang perlu dimasukkan di dalam struktur.

Loji Pembinaan dan peralatan
Terma ini berkaitan dengan kemudahan tempat tinggal pekerja, gudang simpanan, tapak penyediaan dan pencampuran dan alatan tetangga (scaffolding).

Alat Jentera Pembinaan
Terma ini berkaitan dengan peralatan ,mengorek tanah, kren dan seumpamanya juga kenderaan di tapak binaan yang tidak dilesenkan untuk kegunaan jalan-jalan awam tidak kira sama ada jentera-jentera itu dimiliki atau disewa oleh kontraktor.

Kos-kos membersihkan sisa-sisa buangan
Terma ini berkaitan dengan perbelanjaan-perbelajaan yang dikenakan untuk mengangkat sisa-sisa buangan daripada tapak binaan bila berlaku kerugian yang dijamin gantirugi di bawah Takaful CAR.

Third party liability (Liabiliti Pihak Ketiga)
Terma ini bermaksud timbulnya liabiliti perundangan disebabkan oleh kerosakan harta-benda atau kecederaan anggota badan oleh pihak ketiga dan berlaku berkaitan dengan kerja-kerja kontrak di atas atau berhampiran tapak bangunan.

Harta-benda persekitaran
Terma ini bermaksud harta-benda yang terletak di tapak bangunan juga harta-benda di sekeliling tapak pembinaan.

Skop Perlindungan
Takaful CAR memberi perlindungan ke atas semua risiko - semua malapetaka dilindungi jika tidak kecualikan secara khusus.Sebab-sebab utama penyebab kerugian yang dijamin ganti-rugi di bawah Takaful CAR adalah:

- kebakaran, kilat, letupan, kapalterbang terhempas, pemadaman air atau lain-lain kaedah memadam api
- banjir, limpahan air,hujan, salji, runtuhan, tsunami
- ribut-petir dan seumpamanya
- gempa bumi, penenggelaman, runtuhan tanah, runtuhan batu
- kecurian, pecah rumah
- Hasil kerja/pembuatan yang tidak elok, kekurangan kemahiran, kecuaian, perbuatan hasad-dengki atau kesilapan manusia

Pengecualian-pengecualian

Perlindungan yang ditawarkan oleh Takaful CAR hanya tertakluk kepada beberapa pengecualian jelas yang digunapakai pasaran insurans antarabangsa Pengecualian-pengecualian ini dinyatakan di dalam sijil, terutamanya mengandungi :-
- kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh peperangan atau operasi-operasi peperangan seumpamanya, tunjuk-perasaan, rusuhan, kegemparan awam, sekatan kerja, arahan mana-mana pihak berkuasa awam,
- kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh tindakan yang disengajakan atau kecuaian yang disengajakan oleh peserta atau wakil-wakilnya,
- kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas nuklear, pencemaran akibat radiasi nuklear atau radioaktif,
- kerugian turutan akibat mana-mana deskripsi apa-apa saja, seperti tuntutan-tuntutan daripada denda-denda, kerugian akibat kelewatan, kehilangan kontrak,
- kerugian atau kerosakan yang disebabkan kerosakan mekanikal atau elektikal atau kerosakan jentera pembinaan, loji/kilang dan peralatan,
- kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau kesilapan reka bentuk,
- Kos penggantian, pembaikan atau pembetulan sebarang kecacatan/kekurangan di dalam kerja-kerja kontrak . Walau bagaimanapun, kerugian atau kerosakan kepada item-item yang betul cara pembuatannya umumnya dilindungi di bawah takaful CAR akibat daripada ketidaksempurnaan lain-lain item di dalam kerja-kerja kontrak.

Tempoh Perlindungan

Perlindungan yang disertakan adalah dari bermulanya kerja atau selepas item-item yang termasuk dalam jadual sijil telah diletakkan di tapak pembinaan dan terbatal apabila struktur lengkap atau mana-mana bahagian yang telah disiapkan diambil alih atau digunakan. Liabiliti pengendali-pengendali Takaful untuk jentera-jentera pembinaan dan peratan pembinaan tapak bermula dari penurunan/peletakan di tapak pembinaan dan tamat sebaik sahaja dipindahkan dari situ. Sebagai tambahan adalah mungkin untuk memanjangkan tempoh perlindungan dengan memasukkan tempoh penyelenggaraan.

Jumlah Perlindungan

Jumlah perlindungan mestilah sama dengan jumlah yang dinyatakan di dalam kontrak bangunan dicampur dengan nilai mana-mana bekalan bahan pembinaan dan/atau kerja-kerja tambahan yang dijalankan oleh pihak prinsipal. Sebarang kenaikan dalam jumlah kontrak perlulah dimaklumkan dengan segera kepada pengendali-pengendali Takaful untuk mengelakkan kekurangan dalam perlindungan takaful.

Biasanya jumlah perlindungan berasingan adalah ditetapkan untuk:-
- jentera pembinaan, pembinaan loji/kilang dan peralatan
- bangunan-bangunan sedia ada dan pembersihan sisa-sisa buangan

Perlindungan Liabiliti Pihak Ketiga sebaliknya tertakluk kepada had berasingan ke atas indemniti pada satu-satu kemalangan atau siri kemalangan yang timbul kerana satu kejadian.  

Jaminan Ganti-rugi
Pengendali-pengendali Takaful menjamin ganti-rugi peserta untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang dikenakan untuk mengelakkan kerugian atau kerosakan kepada harta-benda yang dilindungi. Walau bagaimanapun, perbelanjaan untuk memperbetulkan kekurangan/kecacatan yang mungkin berlaku walaupun tanpa terjadinya kerugian dan kerosakan seumpamanya - adalah tidak dijamin ganti-ruginya.

Lagipun apa yang dianggap deduktibel adalah dipersetujui ke atas setiap Takaful CAR. Ini merupakan perkongsian ke atas setiap kerugian di mana peserta perlu menanggungnya dengan akaunnya sendiri dan di mana ini adalah ditolak daripada gantirugi. Tujuan penolakan seumpama itu adalah untuk merangsang kecenderongan peserta dalam mengelakkan kerugian dan melegakan pengendali-pengendali Takaful daripada berurusan dengan banyak kerugian-kerugian kecil yang menyebabkan kenaikan perbelanjaan pentadbiran yang tidak sepatutnya jika dibandingkan dengan jumlah gantirugi yang dibuat.

Am nya had gantirugi merupakan jumlah perlindungan melainkan had untuk setiap dan mana-mana kerugian dan/atau had agregat untuk semua kerugian yang berlaku semasa tempoh telah dipersetujui.

Tempoh Penyelenggaraan
Biasanya kontrak bangunan menawarkan tempoh penyelenggraan selama 12 bulan selepas struktur lengkap telah diambil-alih. Dalam tempoh penyelenggaraan perlindungan mungkin dibenarkan di bawah sijil CAR. Di bawah adalah jenis-jenis perlindungan yang diberi:-

Perlindungan Lawatan-lawatan Penyelenggaraan
Liabiliti pengendali-pengendali Takaful semasa tempoh penyelenggaraan adalah terhad kepada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh peserta semasa operasi-operasi kerja dijalankan bertujuan memenuhi tanggunjawab di bawah syarat-syarat penyelenggaraan di dalam kontrak.

Pengluasan Perlindungan Penyelenggaraan
Sebagai tambahan kepada perlindungan yang diberi di bawah perlindungan lawatan-lawatan penyelenggaraan, jenis perlindungan ini juga memasukkan sebab kerugian atau kerosakan semasa tempoh membangunkan bangunan.

TEMPOH PERLINDUNGAN

24 bulan - 25% "loading"
36 bulan - 50% "loading"
pengluasan - caj pro-rata

PENGLUASAN("LOADING")

Perbelanjaan-perbelanjaan Untuk Menyegerakan Urusan - 10% Kelemahan getaran-antara 10% hingga 20% bergantung kepada kedekatan dan bantuan pemindahan harta-benda pihak ketiga ( Pengluasan ditolak jika harta-benda pihak ketiga secara langsung telah memasuki risiko).

Kelemahan getaran-antara 10% hingga 20% bergantung kepada syarat-syarat.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP