IKHLAS Boiler & Pressure Vessel Takaful

Pengenalan

Skop Perlindungan
Perlindungan termasuk:

1. Kerosakan (selain daripada kebakaran) kepada mana-mana dandang atau tekanan vesel yang dinyatakan di dalam jadual.
2. Kerosakan kepada facet tambahan atau bangunan-bangunan di sekeliling, jentera-jentera dan harta-benda lain milik Peserta.
3. Liabiliti kerana kerosakan kepada harta-benda yang bukan dimiliki oleh Peserta.
4. Liabiliti kepada pihak ketiga kerana kemalangan membawa maut (fatal) atau kecederaan diri tidak membawa maut (non fatal personal injuries) yang disebabkan semata-mata kerana letupan atau runtuhan mana-mana dandang atau tekanan vesel semasa menjalankan kerja-kerja biasa.

Pengecualian-Pengecualian
1. Kerosakan yang disebabkan oleh kelusuhan atau keusangan atau pembaziran bahan-bahan dandang atau tekanan vesel, sama ada disebabkan kebocoran, pengaratan atau oleh tindakan bahan api atau sebaliknya berlaku penggoresan atau pembelahan mana-mana bahagian dandang atau tekanan vesel , atau kecacatan/kemerosotan biasa, atau kerana bertambahnya retakan, pelepuhan, laminasi dan lain-lain kecacatan, atau kerana pembelahan, kegagalan penyambungan atau pembengkakan dan pertukaran bentuk akibat pemanasan melampau ke atas tiub (melainkan kerosakan seumpama ini, pembelahan, atau pembengkakkan mengakibatkan berlakunya letupan atau runtuhan), atau kerana keretakan bahagian-bahagian besi lempar pemanas dandang atau lain-lain vesel yang diperbuat daripada besi lempar (cast iron).
2. Kegagalan fungsi-fungsi tiub individu di dalam dandang tiub air, lokomotif atau lain-lain jenis "multi-tubular" di dalam pemanas-pemanas berkuasa tinggi atau alat penjimatan (economizers) (melainkan kerosakan-kerosakan tersebut akan mengakibatkan letupan/runtuhan).
3. Kerosakan kepada harta-benda milik Peserta atau berada dalam jagaan mereka atas dasar kepercayaan atau berasaskan komisen kepada apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya, yang disebabkan oleh berlakunya kebakaran akibat letupan atau runtuhan atau lain-lain sebab sekalipun, atau kerosakan kepada loji disebabkan oleh sebarang unsur-unsur luaran.
4. Kerosakan dan/atau liabiliti yang disebabkan oleh tindakan yang disengajakan atau kecuaian yang disengajakan oleh Peserta.
5. Kerugian yang dialami kerana pemberhentian kerja.
6. Kerugian atau kerosakan sama ada yang asal atau yang selepasnya adalah secara langsung atau tidak, sering berlaku atau jarang berlaku atau disebabkan oleh antara mana-mana perkara berikut:-

(a) taufan, hurikan, gerakan gunung berapi, gempa bumi atau lain-lain malapetaka ala.
(b) kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kemunculan atau diburukkan keadaannya oleh peperangan, serangan, tindakan musuh luar negara,perseteruan (sama ada peperangan diumumkan atau tidak), peperangan sivil, pemberontakan, revolusi, kebangkitan awam, penderhakaan,rusuhan, tunjuk perasaan, sekatan kerja, kegemparan awam, ketenteraan atau rampasan kuasa, sekumpulan penjahat atau orang-orang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi politik, konspirasi, rampasan, penawanan, pengambilalihan atau pemusnahan atau merosakkan dengan arahan "de jure" atau "de facto" mana-mana kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa awam.
(c) Mana-mana ujian atau selain daripada ujian ke atas tekanan tidak melebihi tekanan maksimum yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Definisi-Definisi
Terma-terma berikut bila digunakan di dalam sepatutnya mempunyai maksud dinyatakan di bawah:
1. Dandang bermaksud sebarang bekas bertutup yang dibakar atau sistem gabungan bekas pemanas di mana wap dihasilkan di bawah tekanan. Bila digunakan di dalam Jadual, terma "dandang" adalah termasuk peralatan-peralatan, alat pemanasan berkuasa tinggi dan alat penjimatan (economizers) siap terpasang, tetapi tidak termasuk pemanas wap atau penyalur air atau alat penjimatan (economizers) berasingan, letupan item-item seumpama itu adalah dilindungi di bawah Sijil ini sekira ianya disenaraikan secara spesifik di dalam Jadual.
2. "Vesel" bermakna sebarang bekas bertutup tidak dibakar, sedang diwap atau berada di bawah tekanan udara.
3. "Letupan" bermaksud pemecahan mengejut dan cukup kencang atau berkecainya struktur dandang atau vesel, atau mana-mana bahagiannya oleh tekanan wap dan udara dalaman atau tekanan bahan api, yang menyebabkan penceraian bentuk struktur yang dinyatakan diikuti dengan lambakan keluar kandungannya.
Letupan Serombong Gas:" Letupan juga bermaksud kerosakan kepada struktur dandang disebabkan kemalangan akibat pembakaran mengejut atau letupan pencucuh relau atau serombong gas.
4. "Runtuhan" bermaksud pengherotan (perubahan bentuk) secara tiba-tiba dan membahayakan, oleh mana-mana bahagian dandang atau vesel yang disebabkan oleh tekanan penghancuran oleh wap luaran atau tekanan bahan api, sama ada disertai letusan atau tidak, ianya tidak bermakna melambatkan proses perubahan bentuk yang disebabkan oleh mana-mana sebab.

Jenis-Jenis Jentera Yang Dilindungi
Antara jentera-jentera yang dilindungi di bawah takaful ini adalah :-
  • Dandang Wap Dandang pemanas air panas, alat pemanas dan radiator
  • "Economizers" ( alat penjimatan)
  • Pemanas berkuasa tinggi
  • Wap/Paip penyalur
  • Vesel Tekanan Wap
  • Kawah bertutup dan lain-lain vesel menggunakan wap atau tekanan udara
  • Selinder
  • "Calorifiers"
  • Mesin Penghancur (Digesters )
  • Penyedut Udara
  • Minyak Pra- Pemanas (Oil Pre-heaters)
  • Oven Wap Steam Presses
  • Mesin-mesin Wap
  • "Autoclaves"
"Basis Of Indeminty"
Di mana kerosakan kepada item-item yang dilindungi boleh diperbaiki, Syarikat akan membayar perbelanjaan yang perlu dikenakan untuk mengembalikan semula item yang telah rosak kepada keadaan sebelumnya iaitu ketika ia boleh digunakan termasuk kos untuk merombak dan membangunkan semula item yang dikenakan untuk tujuan membaikpulih, selain kos tambang muatan biasa ke dan dari kedai membaiki, duti kastam dan eksais, jika ada. Jika pembaikan dijalankan di bengkel milik Peserta, Syarikat akan membayar kos material dan gaji yang dikenakan untuk tujuan pembaikan termasuk peratusan munasabah untuk menanggung caj-caj overhed.

Tiada pemotongan akan dibuat ke atas susut-nilai sekiranya alat-alat ganti ditukar, tetapi nilai mana-mana salvaj (kos menyelamat) akan diambilkira.

Sekiranya kos-kos membaiki adalah sepadan atau melebihi nilai sebenar item-item yang dilindungi dengan serta-merta sebelum berlakunya kerosakan, pembayaran perlu dibuat atas dasar seperti dinyatakan di dalam perkara (6.2) di bawah;

Di mana item-item yang dilindungi telah musnah Syarikat akan membayar nilai sebenar item-item tersebut dengan serta-merta sebelum berlakunya kerugian melibatkan kos-kos tambang muatan biasa, memasang, duti kastam dan eksais, jika ada, hanya jika perbelanjaan-perbelanjaan seumpama itu telah dimasukana di dalam jumlah perlindungan. Nilai sebenar seperti itu adalah dikira dengan menolok susutnilai sewajarnya dari nilai penggantian item. Syarikat juga akan membayar sebarang caj-caj normal ke atas pemecahan item-item yang telah musnah, tetapi soal salvaj juga perlu diambilkira.
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera (ekspres) hanya akan dilindungi jika sebelum ini dan secara khusus telah mendapat persetujuan secara bertulis.

Kos-kos pengubahan, penambahan, memperbaiki atau membaikpulih tidak akan diperolehi semula di bawah Sijil ini.

Kos-kos pembaikan yang disyaratkan akan ditanggung oleh Syarikat jika pembaikan tersebut membentuk kepada bahagian pembaikan terakhir dan tidak akan meningkatkan jumlah keseluruhan perbelanjaan pembaikan.

Syarikat akan membuat pembayaran hanya selepas diyakinkan dengan pemberian bil-bil dan dokumen-dokumen yang diperlukan yang pembaikan telah dijalankan atau penggantian telah dibuat seperti yang diperlukan.

Item-item yang telah musnah tidak akan lagi dilindungi di bawah Sijil ini, dan data penting ke atas item gantian berkaitan akan dinyatakan kemasukannya di dalam jadual.

Pengluasan-Pengluasan
Tunjuk Perasaan, Rusuhan Dan Kegemparan Awam
Sekiranya diminta, risiko-risiko seperti tunjuk perasaan,rusuhan dan kegemparan awam (SRCC), tanpa menjangkakan sekerap manakah kejadian ini boleh berlaku, juga boleh dimasukkan ke dalam sijil. Walau bagaimana had gantirugi yang dijamin tidak boleh melebihi jumlah perlindungan sijil.

Caj-Caj Tambahan Untuk Kerja Lebih Masa, Kerja Malam, Kerja Semasa Hari Cuti-Cuti Awam , Penghantaran Segera
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera juga boleh diperluaskan di bawah Sijil ini.
Pembayaran semula caj-caj tambahan ini terhad kepada tuntutan-tuntutan ganti rugi jaminan dan kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.

Cai-Caj Tambahan Kargo Udara
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara yang dikenakan kerana berkait langsung dengan kerja-kerja pembaikan juga boleh diperluaskan.

Pengembalian semula caj-caj tambahan ini adalah terhad kepada tuntutan-tuntutan yang ganti-rugi dijamin ,contohnya kos-kos pembaikan mestilah melebihi amaun pertama/ekses.


AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP