IKHLAS Houseowner / Householder Takaful



Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Houseowner/Householder?

IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-
1.
Kebakaran
2.
Kilat
3.
Letupan
4.
Kerosakan akibat impak pesawat udara
5.
Kerosakan impak
6.
tangki air pecah atau melimpah
7.
Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
8.
Hurikan, siklon, taufan, ribut
9.
Gempa bumi dan letusan gunung berapi
10.
Banjir
11.
Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
12.
Tanggungan Awam Peribadi

Nota : Item 8,9 & 10 di atas tidak termasuk 1% daripada jumlah perlindungan ke atas bangunan atau RM200 pertama untuk setiap dan semua kerugian mana-mana yang kurang.

Sijil Ikhlas Houseowner
Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas.
Sijil Ikhlas Householder

Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.

Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:
  • Pemecahan cermin ( selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
  • Pampasan ke atas kematian peserta
  • Hartamilik pembantu rumah
Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan
  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan khianat
  • Perlindungan sewa tambahan
  • Tanggungan Awam - had-had tambahan
  • Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan
    dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan
    rumah sahaja)


AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke ikhlas114@yahoo.com (c.c. ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my)


  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP