IKHLAS Burglary Takaful

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Burglary Plan?

IKHLAS BURGLARY TAKAFUL memberi perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan harta-benda yang dilindungi akibat pecah masuk ketika berada dalam premis perniagaan atau perdagangan. Perlu terdapat tanda-tanda nyata menunjukkan kemasukan secara kekerasan di luar premis. Kerosakan kepada premis yang terjadi akibat cubaan memasuki premis oleh kejadian pecah rumah juga dilindungi di bawah pelan ini.

Nota Penting: IKHLAS Fire Takaful juga mesti disertakan dengan pelan ini untuk membolehkan kami menerima IKHLAS Burglary Takaful.

PENGECUALIAN

a)
Kerugian yang diakibatkan oleh penipuan, perlakuan tidak amanah atau perbuatan jenayah oleh peserta atau para pekerjanya.
b)
Peperangan, mogok, rusuhan, kegemparan awam dan kerosakan akibat dendam atau niat jahat.
c)
Kehilangan rekod-rekod manuskrip atau rekod perakaunan.
d)
Reaksi nuklear, kesan–kesan pencemaran atau pencemaran radioaktif.
e)
Kehilangan secara tiba-tiba, dalam penstoran atau kerugian turutan.
f)
Kerugian berlaku semasa berlaku perubahan dalam syarat-syarat risiko.
g)
Kerosakan disebabkan oleh vandalisme atau kerosakan akibat niat buruk.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP