IKHLAS Marine Cargo Takaful

Pengenalan
 
Insurans Marin sangat signifikan dalam perdagangan maritim sejak 300 tahun lalu. Namun kebanyakan terminologi asal yang lama kini mula hilang dengan pengenalan polisi Marin Semua Risiko (MAR) pada 1.1.82. Perdagangan maritim sebahagian besarnya merupakan perdagangan luar negara dan kita mesti bersedia untuk mengintrepretasikan kontrak penjualan, kontrak pengangkutan atau kontrak Insurans Marin dengan cara lebih elastik berbanding dengan perdagangan dalam negara.

Terma-Terma Jualan
Pelan di bawah menawarkan semakan sedia ada kepada para pedagang, dan pembeli mengenai tanggungjawab masing-masing bergantung kepada terma-terma jualan di mana barangan dijual.

"Ex Works"
Ex-works" bermakna tanggungjawab penjual hanya untuk memastikan barangan ada di premisnya ( contohnya di tempat kerja atau kilang). Secara khususnya ia tidak bertanggungjawab untuk memunggah barangan di dalam kenderaan yang disediakan pembeli, kecuali jika dipersetujui. Pembeli akan menanggung kos penuh dan semua risiko terlibat dalam membawa barangan dari tempat kerja/kilang ke destinasi yang dikehendaki. Oleh itu item ini mewakili kewajipan minimum terhadap penjual.

"Free Carrier"
Terma ini direka untuk memenuhi permintaan pengangkutan moden, khususnya pengangkutan "multimodel" seperti kontena atau trafik 'roll on -roll off' (roro - disorong masuk dan disorong keluar) ke atas trailer atau feri. Ini berdasarkan asas prinsipal utama seperti FOB (Free On Board) kecuali penjual memenuhi tanggungjawab bila ia menghantar barangan untuk simpanan kapal pengangkut di tempat yang telah ditentukan.
Sekiranya tiada tempat yang dinyatakan semasa kontrak jualan, pihak-pihak terbabit perlu dirujukkan tempat di mana atau di mana pembawa perlu membawa barangan di bawah tanggungjawabnya. Risiko kerugian atau kerosakan barangan akan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli pada ketika itu dan bukan semasa kapal bergerak di laluannya. "Pembawa" bermakna mana-mana individu atau perseorangan di mana namanya ada dalam kontrak sama ada melalui darat, keretapi ,udara, laut atau mana-mana kombinasi tersebut. Apabila penjual perlu melengkapkan bil muatan,bil jalanan, atau resit pembawa. Beliau telah memenuhi syarat-syarat ini dengan mempersembahkan dokumen-dokumen tersebut oleh orang yang diberi kuasa.

FOR/FOT
"FOR dan FOT" bermakna "Free on Rail" (Percuma di landasan/laluan) dan "Free on Truck"(Percuma di atas trak). Terma-terma ini adalah sinonim kerana perkataan trak berkaitan dengan landasan gerabak/wagon. Terma-terma ini hanya boleh digunakan bila barangan dibawa dengan keretapi.

"FOB Airport"
"Free On Board (FOB) AIRPORT" berdasarkan prinsipal utama yang sama seperti terma-terma FOB biasa. Penjual memenuhi kewajipan mereka untuk menghantar barangan kepada pembawa di balai pelepasan lapangan terbang. Risiko kerugian atau kerosakan terhadap barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli bila barangan telah dihantar.

FAS
FAS bermaksud "Free Alongside Ship".(Percuma Di dermaga Kapal) Di bawah terma-terma ini kewajipan penjual telah dipenuhi bila barangan telah diletakkan di dermaga kapal di atas jeti atau di dalam tongkang. Ini bermakna pembeli perlu menanggung semua kos dan risiko-risiko atau kerugian atau kerosakan kepada barangan dari saat tersebut. Perlu diingat tidak seperti FOB, terma ini memerlukan pembeli mendapatkan kelulusan barangan untuk tujuan eksport.

"FOB"
FOB (Free On Board) bermakna "percuma semasa dinaikkan ke atas kapal" Barangan ditempatkan di atas kapal oleh penjual di pelabuhan penghantaran yang dinyatakan di dalam kontrak jualan.Risiko kerugian atau kerosakan ke atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli bila barangan telah melepasi landasan/laluan kapal.

C&F
C&F bermaksud "Cost & Freight".(Kos & Pengangkutan). Penjual mesti membayar kos dan pengangkutan diperlukan untuk membawa barangan ke destinasi yang dinyatakan, tetapi risiko kerugian atau kerosakan ke atas barangan dan juga sebarang kenaikan kos akan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli bila barangan melepasi laluan kapal di pelabuhan penghantaran.
CIF
CIF (Cost, Insurance And Freight) bermaksud "Kos, Insurans dan Pengangkutan" Terma-terma ini pada asasnya adalah sama seperti C&F tetapi dengan tambahan dimana penjual perlu membiayai kos insurans / takaful marin ke atas risiko kerugian atau kerosakan ke atas barangan semasa dalam pengangkutan. Penjual mempunyai kontrak dengan Insurer / operator takaful dan perlu membayar sumbangan takaful / insurans.

Kargo (Pengangkutan) Bayar Kepada
Seperti C&F (Kargo atau pengangkutan dibayar kepada" bermakna yang penjual membayar kargo untuk pengangkutan barangan di destinasi yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, risiko kerugian atau kerosakan ke atas barangan, juga sebarang kenaikan kos dipindahkan daripada penjual kepada pembeli bila barangan telah dihantar ke simpanan pengangkutan pertama dan bukan di laluan kapal. Ianya boleh digunakan untuk semua bentuk pengangkutan termasuk pengangkutan 'multimodel' dan kontena atau trafik 'roll on-roll off' oleh treler atau feri. Apabila penjual telah melengkapkan "bill of lading", bil jalanan atau resit pembawa beliau telah memenuhi syarat - syarat ini dengan dengan mengeluarkan dokumen - dokumen tersebut kepada pihak yang telah dikontrakkan untuk membawa barang ke destinasi yang telah dinamakan.

Kargo Dan Insurans Pengangkutan Bayar Kepada
Terma ini adalah serupa seperti "Kargo atau pengangkutan" ("Freight or Carriage") dibayar kepada…" tetapi dengan tambahan yang penjual perlu membiayai insurans pengangkutan ke atas risiko kerugian atau kerosakan terhadap barangan semasa dalam pengangkutan. Penjual mempunyai kontrak dengan insurer / operator takaful dan perlu membayar sumbangan takaful.

Ex Ship
"Ex Ship" bermaksud yang penjual perlu memastikan adanya barangan untuk penjual semasa barangan dinaikkan ke kapal di destinasi yang dinyatakan di dalam kontrak jualan. Penjual perlu menanggung kos penuh dan risiko yang terbabit semasa membawa barangan ke sana.

Ex Quay
"Ex Quay" bermaksud yang penjual memastikan ada barangan untuk pembeli di jeti(dermaga) di destinasi yang dinyatakan di dalam kontrak jualan. Penjual perlu menanggung kos penuh dan risiko yang timbul semasa membawa barangan ke sana.
Terdapat dua kontrak "Ex Quay" yang digunakan, iaitu "Ex Quay" (duti dibayar) dan "Ex Quay" ( duti ke atas akaun pembeli) di mana tanggungan untuk mendapatkan kelulusan barangan untuk diimport yang sepatutnya diperolehi oleh penjual perlu diuruskan dan dipenuhi oleh pembeli,.
Kedua-dua pihak disarankan untuk sentiasa menggunakan keterangan penuh terma-terma ini, iaitu "Ex Quay" (duti dibayar) atau "Ex Quay" (duti ke atas akaun pembeli) jika tidak mungkin terdapat ketidaktpastian mengenai siapa yang bertanggung jawab untuk mendapatkan kelulusan terhadap barangan yang hendak import.

Delivered At Frontier (Dihantar Ke Sempadan)
Dihantar ke Sempadan bermaksud yang kewajipan penjual telah dipenuhi bila barangan telah sampai ke sempadan- tetapi sebelum melepasi sempadan kastam di negara yang dinyatakan di dalam kontrak jualan. Tujuan utama terma ini adalah untuk digunakan bagi barangan yang dibawa menggunakan landasan keretapi atau jalanraya tetapi juga boleh digunakan ke atas mana-mana mod pengangkutan.

Delivered Duty Paid (Dihantar Dengan Duti Dibayar)
"Dihantar Dengan Duti Dibayar"(Delivered Duti Paid) bermaksud Jika kedua-dua pihak mahu pihak penjual menguruskan urusan kelulusan untuk import bermakna sebahagian kos dibayar semasa mengimport barangan mesti dikecualikan- seperti tax nilai ditambah (VAT) dan/atau lain-lain tax seumpamanya - in perlu dijelaskan dengan menambahkan perkataan yang boleh memberi makna yang sepatutnya ( contohnya termasuk VAT dan/atau tax-tax).

3.0 Jenis Perlindungan Kargo Marin
Jenis-jenis perlindungan yang ada biasanya dirujukkan seperti berikut:-

3.1 T.L.O. (Total Loss Only) Kerugian Menyeluruh Sahaja
Perlindungan kerugian menyeluruh ke atas kepentingan peserta yang disebabkan oleh ancaman atau peril-peril . Disebabkan perlindungan terhad yang ditawarkan, permintaan ke atas perlindungan tersebut pada hari ini jarang dibuat.

3.2 F.P.A (Fre Of Particular Average)- Seperti Klausa-Klausa Berkaitan Kargo
Polisi F.P.A Insurans Marin melindungi ancaman di laut yang menyebabkan:-

  • Kerugian menyeluruh (termasuk kerugian konstruktif menyeluruh) ke atas keseluruhan kepentingan insured.
  • Kerugian menyeluruh ke atas mana-mana bungkusan atau bungkusan-bungkusan berlaku semasa memunggah masuk, penghantaran atau memunggah keluar.
  • Kerugian sebahagian berlaku sekiranya vesel pengangkut tersadai, tenggelam atau terbakar dan jika menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, pelanggaran atau vesel pengangkut bersentuh dengan sebarang unsur-unsur luar ( termasuk ais) selain daripada air.
Polisi ini juga melindungi Averaj Am, Saman dan Caj-caj Buruh, Caj-caj khusus dan Caj-caj Salvaj (menyelamat).
3.3 W.A. ATAU W.P.A (With Average Or With Particular Average) - (Dengan Averaj Atau Averaj Khusus) Seperti Klausa-Klausa Berkaitan Kargo
Perbezaan utama di antara F.P.A dan W.A adalah yang terdahulu adalah mengecualikan mana-mana kerugian bahagian - bahagian tertentu ( kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu) di mana yang selepasnya menawarkan perlindungan kerugian sebahagian. Polisi W.A melindungi semua risiko yang dilindungi di bawah polisi F.P.A dan memberi perlindungan tambahan ke atas Kerugian Sebahagian kepada kargo yang disebabkan oleh peril-peril di laut, di mana peril yang biasa terjadi adalah ke atas kerosakan disebabkan oleh air laut.

3.4 W.A Plus T.P.N.D (W.A. With Theft, Pilferage And Non Delivery) (W.A Dengan Kecurian, Pencopetan Dan Tidak Diterima /Tidak Sampai)
Sebagai tambahan kepada perlindungan yang ditawarkan di bawah sijil asas W.A , risiko-risiko seperti kecurian, mencuri (mencopet) dan barangan tidak sampai juga termasuk di bawah perlindungan sijil. Perlu diingat bahawa untuk mana-mana tuntutan berhubung kecurian dan pencopetan, notis perlu diberikan kepada pengunderait atau kepada agen-agen yang dilantik dalam tempoh 10 hari sebelum tamat tempoh risiko yang dilindungi.

3.5 W.A, T.N.P.D Plus Other Extraneous Risks E.G. Hooks, Oil, Mud, Sweat, Acid, Fresh Or Rainwater, Contact With Other Cargo Etc (W.A, T.N.P.D Termasuk Lain-Lain Risiko Berkaitan Seperti Tersangkut (Tersadai), Minyak, Lumpur, Perpeluhan,Asid, Air Bersih Atau Hujan, Berlanggar Dengan Lain-Lain Kargo Dan Sebagainya)
Sebagai tambahan kepada risiko-risiko yang ditawarkan di bawah 4 perkara di atas lain-lain risiko berkaitan seperti tersangkut (tersadai), minyak, lumpur, perpeluhan (kelembapan), asid, air bersih atau hujan, berlanggar dengan lain-lain kargo dan sebagainya boleh dilindungi sekiranya diminta dengan membuat penambahan bayaran premium.

3.6 "All Risks - As Per Institute Cargo Clauses" (Semua Risiko - Seperti Klausa-Klausa Berkaitan Kargo)
Polisi semua risiko melindungi semua risiko ke atas kerugian atau kerosakan kepada perkara item, tidak termasuk kerugian, kerosakan dan perbelanjaan langsung yang disebabkan oleh kelewatan atau salah laku yang disengajakan atau sifat semulajadi perkara item yang diinsuranskan.

Polisi ini juga melindungi Averaj Am, Saman dan Caj-caj Buruh, Caj-caj khusus dan Caj-caj Salvaj (menyelamat).

Perlindungan yang diberi di bawah Klausa-klausa Berkaitan Kargo tidak kira sama ada ianya F.P.A., W.A. atau Semua Risiko, tidak termasuk risiko-risiko peperangan, mogok dan kegemparan awam. Jadi untuk membolehkan risiko-risiko ini dilindungi, sijil asas hendaklah diperluaskan.

Risiko-risiko peperangan (seperti Klausa-klausa Berkaitan Peperangan ) memberi perlindungan terhadap risiko-risiko seperti penangkapan, rampasan, ditangkap, ditahan atau dikurung dan akibat-akibat daripadanya atau sebarang cubaan ke atas perkara-perkara tersebut dan akibat daripada persengketaan atau peperangan seperti operasi-operasi peperangan, sama ada akan ada deklerasi peperangan dibuat atau tidak, peperangan sivil, revolusi, keganasan, pemberontakan, atau timbul perbalahan sivil daripadanya, anasir lanun, periuk api, torpedo, bom, dan lain-lain cara peperangan ( tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan secara langsung yang disebabkan oleh kelewatan, salah laku disengajakan, kehilangan pasaran atau sebarang tuntutan untuk perbelanjaan yang disebabkan oleh sesuatu kelewatan.

Perlindungan ke atas risiko peperangan adalah terhad kepada tempoh selagi barangan berada di atas kapal luar negara namun terdapat dua pengecualian seperti berikut:-
a) Risiko ke atas periok api dan terpedo yang telah terbiar, terapung atau timbul adalah dilindungi selagi barangan berada di dalam kapal yang digunakan untuk menghantar barangan keluar negara atau datang dari luar negara menggunakan kapal luar negara di pelabuhan di mana pemungahan masuk, penghantaran dan pemunggahan keluar barangan dilakukan.
b) Risiko-riskio peperangan adalah dilindungi selama 15 hari semasa perpindahan dari pelabuhan perantara , walaupun ketika barangan disimpan di daratan.

Risiko-risiko seperti mogok, rusuhan dan kegemparan awam ( seperti klausa-klausa mogok, rusuhan dan kegemparan awam) melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pemogok-pemogok, sekatan masuk kerja atau orang-orang yang mengambil bahagian dalam kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan awam dan orang (atau orang-orang) berlaku kianat ( tetapi tidak termasuk mana-mana kerugian atau kerosakan langsung yang disebabkan oleh kelewatan, salah-laku disengajakan atau keadaan semulajadi harta yang dilindungi, ketiadaan, kekurangan atau keengganan buruh bekerja kerana sebarang diskripsi atau sebagainya semasa mana-mana mogok, sekatan kerja, kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan awam, mana-mana tuntutan ke atas perbelanjaan yang diakibatkan oleh kelewatan, dan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh risiko-risiko peperangan).

Semakan Klausa-Klausa Berkaitan Kargo Berbagai langkah telah diambil untuk mencapai pendekatan lebih langsung untuk mempermudah atau mengganti perkataan-perkataan di mana mungkin, kerana penggunaan perkataan ketika diuji masa, telah dikritik ramai, mereka yang dilindungi menganggap terma- terma yang digunakan sebagai ketinggalan zaman dan kuno. .Dengan mengambilkira kritikan-kritikan tersebut klausa-klausa yang melibatkan Kargo A), (B) dan (C) bertarikh 1.1.1982 dilihat mampu berdiri sendiri di atas klausa masing-masing untuk dipakai hanya dengan Borang-borang Sijil Baru Marin yang akan bertindak sebagai saluran untuk menyatakan klausa-klausa.
Perlindungan yang diberi di bawah klausa-klausa tertentu adalah seperti berikut:-

4.1 Klausa -Klausa (A) Berkaitan Kargo
Risiko-risiko Yang Dilindungi
1. Semua risiko kerugian atau kerosakan ke atas item (benda) yang dilindungi melainkan seperti yang dikecualikan di bawah.
2. Averaj Am Dan Caj-caj Salvaj (menyelamat) melainkan dari sebarang sebab seperti dikecualikan di bawah.
3. Perlindungan ke atas bahagian-bahagian liabiliti di dalam kontrak tambang muatan "Both To Be Blame Collision Clause"( Kedua-duanya Disebabkan Klausa Pelanggaran") seperti berkaitan dengan kerugian yang boleh diperolehi semula seperti di bawah.

Pengecualian
1. a) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang disebabkan salahlaku yang disengajakan oleh orang yang dinsuranskan (asured).
b) Kebocoran biasa, kehilangan isipadu biasa atau kehausan atau kelusuhan biasa ke atas item (benda) yang diinsuranskan.
c) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan secara sengaja disebabkan oleh kekurangan atau ketidaksesuaian pembungkusan atau penyediaan item (benda) yang diinsuranskan.
d) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan salah laku atau keadaan semulajadi item (benda).
e) kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan secara langsung oleh kelewatan, walaupun kelewatan disebabkan oleh risiko yang dilindungi.
f) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan timbul daripada ketidaksolvenan (ketidakmampuan membayar) atau salahlaku kewangan oleh pengurus-pengurus pemilik, penyewa-penyewa atau pengendali-pengendali kapal.
g) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan oleh penggunaan sebarang senjata peperangan perbelahan atau pelakuran bahan atom atau nuklear atau lain-lain tindakbalas nuklear atau pencemaran radio aktif.

2. Ketidaklayakan belayar vesel atau kapal, dan/atau ketidaksesuaian kapal vesel dan/atau ketidaksesuaian pengangkutan kontena kapal vesel atau lifvan untuk membawa kargo dengan selamat dan peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.
Pengunderait akan menepikan sebarang pelanggaran ke atas waranti tersirat ke atas ketidaklayakan dan ketidaksesuaian belayar kapal yang mengangkut item yang dilindungi ke destinasinya melainkan peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut.

3. a) Peperangan, peperangan sivil, revolusi, pemberontakan, perbalahan sivil yang timbul akibat daripadanya atau sebarang tindakan permusuhan atau pergeseran kuasa.
b) Penangkapan, penawanan, penahanan, atau pengawalan (perlanunan diterima) dan akibat-akibat berkaitannya atau sebarang cubaan ke atasnya.
c) Periuk api terbiar, torpedo, bom atau lain-lain senjata perang yang terbiar atau rosak disebabkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan, sekatan bekerja atau mereka yang mengambil bahagian dalam kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan sivil.

4. a) Yang diakibatkan oleh rusuhan, sekatan bekerja, kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan sivil/awam.
b) Disebabkan oleh pengganas atau seseorang bertindak bermotifkan politik.

4.2 Klausa-Klausa (B) Berkaitan Kargo Risiko-risiko dilindungi melainkan seperti dikecualikan di bawah:-
1. a) Kerugian atau kerosakan kepada item yang dilindungi secara munasabahnya mengakibatkan kebakaran, peletupan, vesel atau kapal yang sedang tersadai di pantai, tenggelam atau terbalik atau gelinciran tanah semasa penghantaran, pelanggaran atau penggeseran vesel atau pengangkutan dengan lain-lain objek luaran selain daripada air, kargo dikeluarkan akibat kecemasan di pelabuhan, dan gempabumi, pergerakan gunung berapi atau kilat.
b) Kerugian atau kerosakan kepada item yang dilindungi disebabkan oleh Averaj Am dikorbankan, pembuangan atau pembuangan ke dalam laut, dan kemasukan air tasik atau sungai ke dalam vesel/kapal di mana terdapat kontena pengangkutan lifvan atau tempat simpanan barangan.
c) Kerugian menyeluruh ke atas mana-mana kehilangan bungkusanyang dijatuhkan ke dalam laut atau terjatuh ketika pemunggahan masuk atau pemunggahan keluar daripada vesel atau kapal.

2. Caj-caj Averaj Am dan Salvaj (Menyelamat) diselaras atau ditentukan kepada kontrak tambang muatan kapal dan/atau peraturan dan amalan yang dibuat untuk mengelakkan atau berkaitan dengan mengelakkan kerugian dari mana-mana sebab melainkan yang dikecualikan.
3. Indemiti (ganti-rugi) ke atas bahagian-bahagian libiliti seumpama itu di bawah kontrak tambang-muatan kapal klausa ""Both to Blame Collision" berkaitan dengan kerugian boleh diperolehi semula dan yang termasuk dibawahnya.
Pengecualian-pengecualian

(a) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang disebabkan salahlaku yang disengajakan oleh orang yang dilindungi (assured).
(b) Kebocoran biasa, kehilangan isipadu biasa atau kehausan atau kelusuhan biasa ke atas item (benda) yang dilindungi.
(c) kerugian kerosakan atau perbelanjaan secara sengaja disebabkan oleh kekurangan atau ketidaksesuaian pembungkusan atau penyediaan item (benda) yang dilindungi.
(d) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan salah laku atau keadaan semulajadi item (benda) yang dilindungi.
(e) kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan secara langsung oleh kelewatan, walaupun kelewatan disebabkan oleh risiko yang dilindungi.
(f) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan timbul daripada ketidaksolvenan (ketidakmampuan membayar) atau salahlaku kewangan oleh pengurus-pengurus pemilik, penyewa-penyewa atau pengendali-pengendali kapal.
(g) Kerosakan yang disengajakan kepada atau kemusnahan yang disengajakan ke atas item yang dilindungi atau ke atas mana-mana bahagian item disebabkan salah-laku seseorang atau ramai orang.
(h) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan oleh penggunaan sebarang senjata peperangan perbelahan atau pelakuran bahan atom atau nuklear atau lain-lain tindakbalas nuklear atau pencemaran radio aktif.

4. Ketidaklayakan belayar vesel atau kapal, dan/atau ketidaksesuaian kapal vesel dan/atau ketidaksesuaian pengangkutan kontena kapal vesel atau lifvan untuk membawa kargo dengan selamat dan peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.
Pengunderait akan menepikan sebarang pelanggaran ke atas waranti tersirat ke atas ketidaklayakan dan ketidaksesuaian belayar kapal yang mengangkut item yang dilindungi ke destinasinya melainkan peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut.

5. a) Peperangan, peperangan sivil, revolusi, pemberontakan, perbalahan sivil yang timbul akibat daripadanya atau sebarang tindakan permusuhan atau pergeseran kuasa.
b) Penangkapan, penawanan, penahanan, atau pengawalan (perlanunan diterima) dan akibat-akibat berkaitannya atau sebarang cubaan ke atasnya.
c) Periuk api terbiar,torpedo, bom atau lain-lain senjata perang yang terbiar atau rosak.

6. a) disebabkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan, sekatan bekerja atau mereka yang mengambil bahagian dalam kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan sivil.
b) Yang diakibatkan oleh rusuhan, sekatan bekerja, kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan awam.
c) Disebabkan oleh pengganas atau seseorang bertindak bermotifkan politik.

4.3 KLAUSA-KLAUSA (C) BERKAITAN KARGO

Risiko-risiko dilindungi melainkan seperti dikecualikan di bawah:-
1. Kerugian atau kerosakan kepada item yang dilindungi secara munasabahnya mengakibatkan kebakaran, peletupan, vesel atau kapal yang sedang tersadai di pantai, tenggelam atau terbalik atau gelinciran tanah semasa penghantaran, pelanggaran atau penggeseran vesel atau pengangkutan dengan lain-lain objek luaran selain daripada air, kargo dikeluarkan akibat kecemasan di pelabuhan, dan gempabumi, pergerakan gunung berapi atau kilat.
2. Caj-caj Averaj Am dan Salvaj (Menyelamat) diselaras atau ditentukan kepada kontrak tambang muatan kapal dan/atau peraturan dan amalan yang dibuat untuk mengelakkan atau berkaitan dengan mengelakkan kerugian dari mana-mana sebab melainkan yang dikecualikan.
3. Indemiti ke atas bahagian-bahagian libiliti seumpama itu di bawah kontrak tambang-muatan kapal klausa ""Both to Blame Collision" (Kedua-duanya akibat pelanggaran) berkaitan dengan kerugian boleh diperolehi semula dan yang termasuk di bawahnya.

Pengecualian-pengecualian
1. (a) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang disebabkan salahlaku yang disengajakan oleh orang yang dilindungi (asured).
(b) Kebocoran biasa, kehilangan isipadu biasa atau kehausan atau kelusuhan biasa ke atas item (benda) yang dilindungi.
(c) kerugian kerosakan atau perbelanjaan secara sengaja disebabkan oleh kekurangan atau ketidaksesuaian pembungkusan atau penyediaan item (benda) yang dilindungi.
(d) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan salah laku atau keadaan semulajadi item (benda) yang dilindungi.
(e) kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan secara langsung oleh kelewatan, walau kelewatan disebabkan oleh risiko yang dilindungi.
(f) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan timbul daripada ketidaksolvenan (ketidakmampuan membayar) atau salahlaku kewangan oleh pengurus-pengurus pemilik, penyewa-penyewa atau pengendali-pengendali kapal.
(g) Kerosakan yang disengajakan kepada atau kemusnahan yang disengajakan ke atas item yang dilindungi atau ke atas mana-mana bahagian item disebabkan salah-laku seseorang atau ramai orang.
(h) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan oleh penggunaan sebarang senjata peperangan perbelahan atau pelakuran bahan atom atau nuklear atau lain-lain tindakbalas nuklear atau pencemaran radio aktif.

2. Ketidaklayakan belayar vesel atau kapal, dan/atau ketidaksesuaian kapal vesel dan/atau ketidaksesuaian pengangkutan kontena kapal vesel atau lifvan untuk membawa kargo dengan selamat dan peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.
Penangung risiko / syarikat akan menepikan sebarang pelanggaran ke atas waranti tersirat ke atas ketidaklayakan dan ketidaksesuaian belayar kapal yang mengangkut item yang dilindungi ke destinasinya melainkan peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut.

3. (a) Peperangan, peperangan sivil, revolusi, pemberontakan, perbalahan sivil yang timbul akibat daripadanya atau sebarang tindakan permusuhan atau pergeseran kuasa.
(b) Ditangkap, ditawan, ditahan, dikurung atau dikawal (perlanunan diterima) dan akibat-akibat berkaitannya atau sebarang cubaan ke atasnya.
(c) Periuk api terbiar, torpedo, bom atau lain-lain senjata perang yang terbiar atau rosak.

4. (a) Disebabkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan, sekatan bekerja atau mereka yang mengambil bahagian dalam kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan sivil.
(b) Yang diakibatkan oleh rusuhan, sekatan bekerja, kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan awam.
(c) Disebabkan oleh pengganas atau seseorang bertindak bermotifkan politik.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP