IKHLAS Personal Accident Takaful



Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Personal Accident?

Kematian
Disebabkan oleh kemalangan semata-mata dan bukan oleh sebab-sebab lain, kecuali penyakit yang disebabkan secara langsung dari rawatan atau rawatan pembedahan yang dikira perlu bagi kecederaan tubuh badan, dengan syarat kematian atau kehilangan upaya hayat yang dilindungi adalah dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh berlakunya kemalangan .

Kehilangan Upaya Kekal
Kehilangan Upaya Kekal adalah bermaksud kehilangan upaya yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh.

Kehilangan Upaya Menyeluruh Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang sama-sekali peserta daripada menjalankan pekerjaan atau sebarang kerja.

Kehilangan Upaya Separa dan Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang peserta daripada menjalankan sebahagian besar daripada urusan perniagaan atau pekerjaanya tetapi tidak menyebabkan peserta hilang upaya menyeluruh sementara.

Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran semula perbelanjaan perubatan sebenar kerana rawatan kecederaan tubuh badan akibat kemalangan sehingga jumlah yang ditetapkan.

Perbelanjaan Pengkebumian
Bergantung kepada jumlah yang dipohon akibat daripada kematian akibat kemalangan.
Pengecualian Am
  • Peperangan, pencerobohan kuasa luar, perseteruan dan operasi peperangan seumpamanya
  • Tindakan pengganas
  • Peralatan senjata nuklear
  • Menaiki atau menuruni pesawat
  • Sukan professional Kerja-kerja perkayuan menggunakan mesin kuasa mekanikal
  • Dadah atau alkohol
  • Sebarang jenis penyakit, hamil atau melahirkan anak atau kecacatan sedia ada atau tidak sihat, tidak siuman, membunuh diri atau niat mencederakan diri sendiri
  • Hasutan membunuh atau serangan
  • AIDS atau penyakit yang berkaitan dengan AIDS.


    Takaful IKHLAS menawarkan kedua-dua Pelan Perlindungan Kemalangan Individu dan Kemalangan Diri Berkumpulan.


AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke ikhlas114@yahoo.com (c.c. ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my)

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP