IKHLAS Fire Takaful


Pengenalan

IKHLAS FIRE direka khusus untuk menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada harta KEDIAMAN dan PERDAGANGAN (termasuk strukturnya) terhadap pelbagai bencana. Kami pastikan anda beroleh ketenangan fikiran kerana harta anda yang berharga, terjamin dilindungi.


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Fire?


IKHLAS FIRE menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang berpunca daripada kebakaran dan kilat.


Faedah Pilihan


Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
• Petir
• Letupan
• Kerosakan akibat impak pesawat udara
• Kerosakan impak
• Kerosakan yang disebabkan air
• Hurikan, siklon, taufan, ribut
• Gempa bumi dan letusan gunung berapi
• Banjir

Read more...

IKHLAS Houseowner/Householder Takaful

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Houseowner/Householder?

IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-

  1. Kebakaran
  2. Kilat
  3. Letupan
  4. Kerosakan akibat impak pesawat udara
  5. Kerosakan impak
  6. Tangki air pecah atau melimpah
  7. Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
  8. Hurikan, siklon, taufan, ribut
  9. Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  10. Banjir
  11. Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
  12. Tanggungan Awam Peribadi

Nota : Item 8,9 & 10 di atas tidak termasuk 1% daripada jumlah perlindungan ke atas bangunan atau RM200 pertama untuk setiap dan semua kerugian mana-mana yang kurang.

Sijil Ikhlas Houseowner

Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas.

Sijil Ikhlas Householder

Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.

Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:

* Pemecahan cermin ( selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
* Pampasan ke atas kematian peserta
* Hartamilik pembantu rumah

Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan

* Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan khianat
* Perlindungan sewa tambahan
* Tanggungan Awam - had-had tambahan
* Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan
dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan
rumah sahaja)

Read more...

IKHLAS Personal Accident Takaful

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Personal Accident?



Kematian
Disebabkan oleh kemalangan semata-mata dan bukan oleh sebab-sebab lain, kecuali penyakit yang disebabkan secara langsung dari rawatan atau rawatan pembedahan yang dikira perlu bagi kecederaan tubuh badan, dengan syarat kematian atau kehilangan upaya hayat yang dilindungi adalah dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh berlakunya kemalangan .

Kehilangan Upaya Kekal
Kehilangan Upaya Kekal adalah bermaksud kehilangan upaya yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh.

Kehilangan Upaya Menyeluruh Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang sama-sekali peserta daripada menjalankan pekerjaan atau sebarang kerja.

Kehilangan Upaya Separa dan Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang peserta daripada menjalankan sebahagian besar daripada urusan perniagaan atau pekerjaanya tetapi tidak menyebabkan peserta hilang upaya menyeluruh sementara.

Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran semula perbelanjaan perubatan sebenar kerana rawatan kecederaan tubuh badan akibat kemalangan sehingga jumlah yang ditetapkan.

Perbelanjaan Pengkebumian
Bergantung kepada jumlah yang dipohon akibat daripada kematian akibat kemalangan.


Pengecualian Am

  • Peperangan, pencerobohan kuasa luar, perseteruan dan operasi peperangan seumpamanya
  • Tindakan pengganas
  • Peralatan senjata nuklear
  • Menaiki atau menuruni pesawat
  • Sukan professional Kerja-kerja perkayuan menggunakan mesin kuasa mekanikal
  • Dadah atau alkohol
  • Sebarang jenis penyakit, hamil atau melahirkan anak atau kecacatan sedia ada atau tidak sihat, tidak siuman, membunuh diri atau niat mencederakan diri sendiri
  • Hasutan membunuh atau serangan
  • AIDS atau penyakit yang berkaitan dengan AIDS.

Read more...

IKHLAS Kembara Takaful

Pengenalan

Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful IKHLAS menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia, iaitu IKHLAS KEMBARA TAKAFUL di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga.

Jadual Manfaat



Manfaat
Pelan A (RM)
Pelan B (RM)
* Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan
10,000.00
20,000.00
Bantuan Segera Perbelanjaan Pengkebumian
500.00
1,000.00
Pembatalan atau Pemendekkan Perjalanan
1,000.00
2,000.00
Perlindungan Bagasi
1,000.00 with limit of 200.00 per item
2,000.00 with limit of 400.00 per item
Perbelanjaan Perubatan
1,000.00
2,000.00
Perbelanjaan Hospital
2,500.00
5,000.00
Liabiliti Persendirian
50,000.00
100,000.00


Pendaftaran yang Cepat dan Mudah
Hanya pilih pelan yang diingini dan anda akan dilindungi sebaik sahaja anda meninggalkan rumah untuk bercuti, ketika dalam perjalanan sehingga anda pulang semula ke rumah.

Jadual Sumbangan (RM)



Jangka Masa
(hari)
Malaysia, Negara – Negara ASEAN
dan Saudi Arabia
Negara – Negara Lain
Pelan
A
Pelan
B
Pelan
A
Pelan
B
1 to 5
3.00
5.00
4.00
6.00
6 to 10
6.00
10.00
8.00
12.00
11 to 18
10.00
16.00
13.00
17.00
19 to 31
15.00
20.00
18.00
23.00
Setiap minggu berikutnya sehingga tempoh maksimum 180 hari
3.00
5.00
4.00
6.00



Dengan IKHLAS KEMBARA TAKAFUL, seseorang boleh mengembara ke mana sahaja dengan fikiran yang tenang.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP