IKHLAS Electronic Equipment Takaful

Pengenalan
 

Takaful ini memberi perlindungan kepada peralatan elektronik seperti komputer dan alat-alat perantinya disebabkan oleh kejadian tidak diduga atau kerugian fizikal secara mengejut atau kerosakan yang diakibatkan oleh lain-lain sebab selain daripada sebab-sebab yang dikecualikan secara spesifik oleh sijil. Ia juga akan membayar ganti rugi ke atas kerugian atau kerosakan kepada data media luaran termasuk maklumat yang disimpan yang boleh diproses secara langsung di dalam sistem EDP. Selain daripada itu ia juga memberi perlindungan kepada perbelanjaan tambahan yang dikenakan ke atas penggunaan peralatan gantian EDP semasa dalam tempoh gangguan.

SKOP PERLINDUNGAN

Seksyen I - Kerosakan Material
Di bawah seksyen ini, Syarikat bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada item-item yang dilindungi yang mengalami sebarang kejadian tidak diduga atau kerugian fizikal secara mengejut atau kerosakan yang diakibatkan oleh mana-mana sebab selain daripada sebab-sebab yang dikecualikan secara spesifik dan terjadi semasa tempoh sijil.

(Seksyen 2 - Data Media Luaran)
Di bawah Seksyen 2 Syarikat juga bersetuju jika data media luaran termasuk maklumat yang disimpan yang boleh diproses secara langsung di dalam sistem EDP mengalami sebarang kerosakan material dijamin ganti rugi di bawah Seksyen 1 Sijil ini, Syarikat akan membayar ganti rugi berkaitan kerugian atau kerosakan dengan syarat yang data media tersebut disimpan di dalam premis.

Seksyen 3 - Peningkatan Kos Bekerja
Syarikat akan membayar ganti rugi kepada Peserta untuk sebarang perbelanjaan tambahan yang dikenakan ke atas penggunaan peralatan gantian EDP yang tidak dilindungi di bawah Sijil ini setakat satu jumlah yang telah dipersetujui.

PENGECUALIAN-PENGECUALIAN

Pengecualian-pengecualian Am
Syarikat tidak akan membayar ganti rugi kepada Peserta sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan secara langsung atau tidak, berlaku disebabkan atau diburukkan keadaannya oleh:-
a)
peperangan, serangan, tindakan musuh luar negara, perseteruan (sama ada peperangan diumumkan atau tidak), peperangan sivil, pemberontakan, revolusi, kebangkitan awam, penderhakaan, rusuhan, tunjuk perasaan, sekatan kerja, kegemparan awam, ketenteraan atau rampasan kuasa, sekumpulan penjahat atau orang-orang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi politik, konspirasi, rampasan, penawanan, pengambilalihan atau pemusnahan atau merosakkan dengan arahan "de jure" atau "de facto" mana-mana kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa awam;
b)
tindakbalas nuklear, radiasi nuklear, atau pencemaran radioaktif;
c)
tindakan atau kecuaian yang disengajakan oleh peserta atau wakil-wakilnya

Dalam sebarang tindakan saman atau lain-lain prosiding di mana Syarikat mendakwa bahawa, atas alasan syarat-syarat pengecualian di atas, sebarang kerugian, kemusnahan atau kerosakan tidak akan dilindungi oleh Sijil ini, namun sekiranya dakwaan beban kerugian kemusnahan atau kerosakan yang dilindungi tersebut dapat dibuktikan ianya akan ditanggung sendiri oleh Peserta.

Pengecualian -pengecualian Khas kepada Seksyen 1

Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas:-
a)
amaun pertama/ekses yang dinyatakan di dalam jadual. Walau bagiamnapun jika, lebih daripada satu item yang kerugian atau rosak di dalam satu kejadian, Peserta walau bagaimanapun tidak akan diminta untuk menanggung melebihi deduktibel tunggal yang tertinggi dan digunapakai kepada item-item tersebut;
b)
kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak atau timbul akibat gempa bumi, gerakan gunung berapi, tsunami, hurikan, siklon atau taufan;
c)
kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak oleh kecurian;
d)
kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sebarang kesilapan atau kecacatan sedia ada semasa sijil berkuatkuasa dan diketahui oleh Peserta atau wakil-wakilnya, sama ada kesilapan atau kecacatan tersebut adalah diketahui oleh Syarikat atau tidak;
e)
kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak oleh kegagalan atau gangguan sebaran air gas atau perkhidmatan atau bekalan elektrik;
f)
kerugian atau kerosakan disebabkan kesan langsung kepada kesan berterusan operasi ( contohnya menjadi haus dan usang, pereputan,pengaratan dan menjadi berkerak) atau kerosakan perlahan-lahan akibat keadaan atmospera;
g)
Sebarang kos yang dikenakan dan mempunyai hubungan dengan tugas-tugas penyingkiran kerosakan;
h)
Sebarang kos yang dikenakan dan mempunyai hubungan dengan penyelenggaraan item-item yang dilindungi dan pengecualian seperti itu juga digunapakai kepada alat-alat ganti yang ditukar semasa operasi-operasi penyelenggaraan;
i)
kerugian atau kerosakan di mana pengeluar atau pembekal item-itam yang dilindungi bertanggungjawab sama ada secara perundangan atau telah termaktub di dalam kontrak;
j)
kerugian atau kerosakan kerana menyewa atau memajak peralatan di mana pemilik bertanggungjawab secara perundangan atau telah termaktub di bawah perjanjian penyewaan dan/atau penyelenggaraan;
k)
kerugian turutan atau liabiliti ke atas sebarang sebab atau deskripsi;
l)
kerugian atau kerosakan kepada mentol, injap, tuib, pita, fuis, penutup, tali pinggang, wayar, rantai, tayar getah, peralatan yang boleh ditukarganti, selinder berukir, objek daripada kaca, porselin atau seramik, penapis atau fabrik, atau sebarang media untuk menjalankan operasi (contohnya minyak pelincir, bahan api, bahan kimia)'
m)
Kecacatan estatik seperti pencalaran ke atas permukaan-permukaan yang dicat, dikilatkan atau disalut.

Sehubungan dengan bahagian-bahagian yang dinyatakan di bawah perkara (m) dan (n) di atas, Syarikat akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan sekiranya bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan berlakunya kerugian dan kerosakan yang dijamin ganti rugi ke atas item-item yang dilindungi.

Pengecualian-pengecualian Khas Kepada Seksyen 2
a)
Amaun pertama/ ekses yang dinyatakan di dalam jadual;
b)
sebarang kos yang timbul akibat pemprograman palsu, tebukan, melabel atau memasukkan, pembatalan maklumat tidak disengajakan atau membuang data media, dan dari kehilangan maklumat yang disebabkan oleh domain magnetik;
c)
kerugian turutan atau liabiliti ke atas sebarang sebab atau deskripsi.
Pengecualian-pengecuali Khas Kepada Seksyen 3
a)
sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung dengan pembangunan semula atau operasi peralatan EDP yang dilindungi;
b)
dana-dana penting tidak diperolehi oleh Peserta dalam tempoh pembaikan atau penggantian peralatan yang telah rosak atau musnah.

Asas Indemniti (Ganti-Rugi)

Seksyen 1
a)
di mana kerosakan kepada item-item yang dilindungi boleh diperbaiki, Syarikat akan membayar perbelanjaan yang perlu dikenakan untuk mengembalikan semula item yang telah rosak kepada keadaan sebelumnya iaitu ketika ia boleh digunakan termasuk kos untuk merombak dan membangunkan semula item yang dikenakan untuk tujuan membaikpulih, selain kos tambang muatan biasa ke dan dari kedai membaiki, duti kastam dan eksais, jika ada. Jika pembaikan dijalankan di bengkel milik Peserta, Syarikat akan membayar kos material dan gaji yang dikenakan untuk tujuan pembaikan termasuk peratusan munasabah untuk menanggung caj-caj overhed.

Tiada pemotongan akan dibuat ke atas susut-nilai sekiranya alat-alat ganti ditukar, tetapi nilai mana-mana salvaj (kos menyelamat) akan diambilkira.
Sekiranya kos-kos membaiki adalah sepadan atau melebihi nilai sebenar item-item yang dilindungi dengan serta-merta sebelum berlakunya kerosakan, pembayaran perlu dibuat atas dasar seperti dinyatakan di dalam perkara (b) di bawah;
b)
Di mana item-item yang dilindungi telah musnah Syarikat akan membayar nilai sebenar item-item tersebut dengan serta-merta sebelum berlakunya kerugian melibatkan kos-kos tambang muatan biasa, memasang, duti kastam dan eksais
Item-item yang telah musnah tidak akan lagi dilindungi di bawah Sijil ini, dan data penting ke atas item gantian berkaitan akan dinyatakan kemasukannya di dalam jadual.

(Syarikat mungkin bersetuju - melalui permohonan endorsemen yang berkaitan - untuk memperluaskan takaful ini untuk memberi perlindungan ke atas pembayaran semula berdasarkan nilai penggantian penuh). Mengenai tarikh berlakunya ganti-rugi dijamin, jumlah yang dilindungi akan dikurangkan berdasarkan tempoh takaful yang masih ada (masih berkuatkuasa) dan dengan jumlah ganti rugi yang telah dibayar, melainkan jika jumlah perlindungan dikembalikan semula. Sebarang caj-caj tambahan yang dikenakan untuk kerja lebih masa, kerja malam, bekerja semasa cuti-cuti umum atau penghantaran segera akan dilindungi di bawah takaful ini dengan syarat ianya telah dipersetujui secara bertulis.

Kos-kos pengubahan, penambahan, memperbaiki atau membaikpulih tidak akan diperolehi semula di bawah Sijil ini.Kos-kos pembaikan yang disyaratkan akan ditanggung oleh Syarikat jika pembaikan tersebut membentuk kepada bahagian pembaikan terakhir dan tidak akan meningkatkan jumlah keseluruhan perbelanjaan pembaikan. Syarikat akan membuat pembayaran hanya selepas diyakinkan dengan pemberian bil-bil dan dokumen-dokumen yang diperlukan yang pembaikan telah dijalankan atau penggantian telah dibuat seperti yang diperlukan.

Seksyen 2
Syarikat akan membayar ganti rugi ke atas sebarang perbelanjaan yang dibuktikan telah dikenakan kepada perserta dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kejadian terhad hanya semata-mata kepada tujuan penyimpanan data media luaran yang dilindungi kepada keadaan asal sebelum kejadian dan penting untuk membolehkan operasi pemprosesan data diteruskan dalam cara normal.

Sekiranya tidak perlu untuk mengeluarkan semula data dan maklumat yang hilang , atau jika pengeluaran semula tersebut tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan selepas kejadian, Syarikat akan hanya bertanggungjawab untuk mengganti-rugi perbelanjaan yang dikenakan untuk menggantikan kehilangan atau kerosakan data media tersebut dengan material baru.Mengenai tarikh dari terjadinya ganti-rugi dijamin jumlah yang akan dilindungi akan dikurangkan untuk tempoh takaful yang masih tinggal (masih berkuatkuasa) dengan jumlah ganti- rugi yang telah dibayar.

Dalam keadaan kegagalan peralatan EDP yang dilindungi berfungsi, Syarikat akan bertanggungjawab ke atas perbelanjaan tambahan yang boleh dibuktikan telah dikenakan semasa tempoh perlindungan di mana penggunaan peralatan gantian EDP diperlukan, tetapi yang penting sekali tempoh ganti rugi telah dipersetujui.

Tempoh indemniti akan berkuatkuasa sebaik saja peralatan gantian mula dipakai.Peserta perlu ingat bahawa jumlah setiap tuntutan mestilah sejajar dengan lebihan tempoh masa yang dipersetujui.

Sekiranya didapati ekoran dari gangguan kepada operasi peralatan EDP yang dilindungi menyebabkan penambahan perbelanjaan dikenakan semasa tempoh gangguan adalah lebih tinggi daripada perkongsian mengikut pembahagian ke atas jumlah yang dilindungi yang digunakpakai dalam tempoh perlindungan ini,

Syarikat hanya akan bertanggungjawab mengganti rugi Peserta berdasarkan jumlah tahunan yang telah dipersetujui diberi perlindungan yang digunapakai dalam tempoh gangguan, setelah mengambilkira tempoh ganti-rugi yang telah dipersetujui.

Sebarang lebihan dalam kos akan diambilkira bila membuat pengiraan jumlah gantirugi yang perlu dibayar oleh Syarikat. Mengenai tarikh berlakunya ganti-rugi dijamin jumlah yang dilindungi akan dikurangkan untuk tempoh takaful yang tinggal dengan jumlah ganti rugi dibayar melainkan jika jumlah perlindungan dikembalikan semula.

Seksyen 3
Dalam keadaan di mana peralatan EDP yang dilindungi gagal berfungsi, Syarikat adalah bertanggungjawab ke atas perbelanjaan tambahan yang telah dibuktikan, terpaksa ditanggung oleh peserta semasa tempoh penggunaan peralatan gantian EDP amat diperlukan, tetapi untuk setakat tempoh indemniti yang telah dipersetujui saja.

Tempoh indemniti akan berkuatkuasa sebaik saja peralatan gantian telah mula dipakai.

Peserta akan menanggung jumlah setiap tuntutan yang dibuat melebihi dari tempoh yang telah dipersetujui.

Sekiranya didapati ekoran gangguan daripada operasi peralatan EDP yang dilindungi, menyebabkan penambahan perbelanjaan semasa tempoh gangguan adalah lebih tinggi daripada persetujuan ke atas perkongsian mengikut pembahagian ke atas jumlah yang dilindungi dalam tempoh perlindungan ini, Syarikat hanya akan bertanggungjawab mengganti rugi Peserta berdasarkan jumlah tahunan yang telah dipersetujui dilindungi dalam tempoh gangguan, setelah mengambilkira tempoh pembayaran ganti-rugi yang telah dipersetujui.

Sebarang penjimatan kos akan diambilkira bila membuat pengiraan jumlah ganti-rugi (indemniti) yang akan dibayar oleh Syarikat.

Mengenai tarikh berlakunya ganti-rugi dijamin ke atas jumlah yang dilindungi, akan dikurangkan mengikut tempoh takaful yang masih tinggal (masih berkuat-kuasa) dengan jumlah ganti rugi yang telah dibayar melainkan jika jumlah perlindungan dikembalikan semula.

Pengecualian-Pengecualian Standard.

Gempa Bumi
Risiko gempa bumi, pasang surut ombak yang disebabkan oleh gempa bumi dan pergerakan gunung berapi ( contoh risiko-risiko gempa bumi) tidak dimasukkan di dalam perlindungan asas. Sekiranya risiko ini hendak dilindungi, Endorsemen Gempa Bumi mestilah disertakan dan had ganti rugi adalah tidak melebihi jumlah perlindungan maksimum yang ditetapkan pada RM 4,000,000.00.

Hurikan, Siklon Dan Taufan
Risiko hurikan, siklon dan taufan tidak dimasukkan di dalam perlindungan asas. Untuk memasukan risiko-risiko hurikan, siklon dan taufan ini Endorsemen mestilah disertakan dan had ganti rugi adalah tidak melebihi jumlah perlindungan maksimum yang ditetapkan pada RM 1,000,000.00. Malapetaka-malapetaka ini hanya boleh dimasukkan dalam keadaan risiko-risiko terletak di luar kawasan yang biasanya terdedah kepada bentuk-bentuk risiko tersebut.

Pengecualian -Pengecualian Khas

Tunjuk Perasaan,Rusuhan Dan Kegemparan Awam
Sekiranya diminta, risiko-risiko seperti tunjuk perasaan,rusuhan dan kegemparan awam (SRCC), dengan tidak menjangkakan sekerap manakah kejadian boleh berlaku, juga boleh dimasukkan ke dalam sijil. Walau bagaimana had gantirugi yang dijamin tidak boleh melebihi jumlah perlindungan.

Caj-Caj Tambahan Untuk Kerja Lebih Masa, Kerja Malam, Kerja Semasa Hari Cuti-Cuti Awam , Penghantaran Segera
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera juga boleh diperluaskan di bawah Sijil ini.
Pembayaran semula caj-caj tambahan ini terhad kepada tuntutan-tuntutan ganti rugi jaminan dan kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.

Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara yang dikenakan kerana berkait langsung dengan kerja-kerja pembaikan juga boleh diperluaskan.
Pengembalian semula caj-caj tambahan ini adalah terhad kepada tuntutan-tuntutan yang ganti-rugi dijamin ,contohnya kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.

Kecurian
Berbanding dengan malapetaka pecah rumah, risiko kecurian tidak dimasukkan di dalam perlindungan asas. Ia boleh dimasukkan dengan menggunapakai Endorsemen Kecurian di atas permintaan khusus pelanggan tetapi hanya sekiranya wujud tindakan pencegahan keselamatan yang mencukupi .
Peserta perlu menanggung 25% deduktible sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kecurian.

"Waiver of Right of Recourse "
Sekiranya pemasangan adalah dikendalikan secara sementara waktu atau secara tetap oleh pihak ketiga dengan kebenaran Peserta, pihak ketiga bertanggungjawab untuk mendapatkan semula daripada Syarikat dalam sebarang kes kerugian berdasarkan syarat-syarat takaful.

Hak ini boleh dilepaskan dengan mengguna pakai Endorsemen" Waiver of Rights of Recourse" Walau bagaimanapun kerugian disebabkan tindakan kecuaian yang disengajakan atau melampau, adalah dikecualikan.

Peralatan Bergerak atau Mudah-alih
Sekiranya kerugian atau kerosakan ke atas peralatan bergerak atau mudah-alih hendak dilindungi, ia boleh dilakukan dengan menggunapakai Endorsemen Peralatan Bergerak Atau Mudah-Alih Di Luar Premis.

Kehilangan Sewa
Endorsemen Kehilangan Sewa perlu disertakan jika sewa hendak dimasukkan di dalam perlindungan, dimana ianya perlu dibayar semasa temph gangguan berdasarkan kepada kerugian ganti-rugi dijamin (Peserta adalah penyewa) atau bila tidak diterima ( Peserta adalah Orang yang menyewakan).

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP