IKHLAS Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) Takaful


Pengenalan
Akta Pampasan 1952 (dipinda Ogos 1996) Seksyen 26(2), ianya adalah mandatori bagi setiap majikan untuk melindungi semua pekerja asing mereka dengan skim insurans / takaful yang dikenali sebagai Skim Perlindungan Pekerja Asing yang telah disahkan. Jika gagal untuk menyediakan perlindungan skim insurans/takaful, majikan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara untuk jangka masa yang tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Takaful IKHLAS merupakan panel bagi syarikat-syarikat yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan perlindungan bagi skim tersebut.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS FWCS?

IKHLAS FWCS menyediakan manfaat berikut kepada pekerja asing:-

Seksyen 1 - Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal
Manfaat seperti yang disediakan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952:-

Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM25,000.00 disebabkan oleh kemalangan ketika waktu bekerja.

Seksyen 2 - Perbelanjaan Penghantaran Balik
Perbelanjaan Penghantaran Balik sehingga RM4,800.00 merangkumi kos penghantaran balik pekerja asing ke negara asal disebabkan Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal.

Seksyen 3 - Kemalangan Peribadi (di luar waktu bekerja)
a) Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM23,000.00
b) Kehilangan Upaya Separa Kekal - mengikut jadual Hilang Upaya Kekal di bawah Jadual Pertama Akta
c) Hilang Upaya Sementara
d) Perbelanjaan Perubatan

Mengapa IKHLAS FWCS?
a) Kadar Sumbangan Tahunan - Kadar sumbangan tahunan sebanyak RM72.00 (sebelum Cukai Perkhidmatan dan Duti Setem) dikenakan di bawah FWCS, bagi setiap pekerja asing yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. (Berdasarkan penjelasan sumbangan tunai sebelum perlindungan)
b) Penerimaan Automatik - Untuk semua permohonan.
c) Satu Duti Setem - Sekumpulan pekerja asing dengan tarikh kemasukan ke negara dan tempoh permit yang sama boleh dilindungi di dalam satu sijil IKHLAS FWCS Berkumpulan dengan hanya satu duti setem sahaja.
d) Kad Pengenalan - Kad pengenalan akan dikeluarkan bagi setiap pekerja asing yang dilindungi di bawah skim IKHLAS FWCS.
e) "Memudahkan urusan perniagaan" - IKHLAS FWCS boleh diperolehi dengan mudah secara terus di Takaful IKHLAS atau melalui mana-mana Ejen Takaful Am kami yang berdaftar serta pengantara yang sah.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my


  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP