IKHLAS Machinery Breakdown Takaful

Pengenalan

Sijil 'Standard Machinery Breakdown' Takaful membayar gantirugi berikutan dari kerosakan tidak diduga dan kerosakan mengejut ke atas peralatan jentera para peserta ketika sedang beroperasi, semasa direhatkan, semasa pembersihan, pemeriksaan , pembaikpulihan atau pemindahan ke lain-lain lokasi di dalam premis.

Kerosakan tidak diduga dan kerosakan mengejut termasuk juga kerosakan kepada peralatan jentera peserta disebabkan oleh:-

1. Kerosakan bahan, rekabentuk, pembinaan dan pemasangan.
2. Getaran, ketidaksesuaian, ketidaksejajaran.
3. Kerosakan pelinciran, kelonggaran alat ganti, tekanan luarbiasa, kelemahan molekul, pembahangan sendiri dan tekanan emparan.
4. Tekanan elektrik yang berlebihan sama ada disebabkan oleh atmosfera elektrik atau sebaliknya.
5. Kegagalan penebat, litar pintas, litar terbuka atau cas elektrik diantara mesin.
6. Kegagalan mesin penyambungan atau peralatan kawalan.
7. Kurang kemahiran, kecuaian atau perbuatan kianat seseorang samada digaji oleh peserta atau tidak.
8. Kerosakan disebabkan terjatuh, pukulan kuat, pelanggaran dan kerosakan seumpamanya.
9. Petir dan ribut, halangan atau kerosakan yang disebabkan oleh sumber-sumber luar.

Oleh itu, perlindungan utama bagi takaful ini ialah kerosakan elektrik dan mekanikal dan kerosakan akibat kemalangan yang disebabkan unsur-unsur luar.

Pengecualian

Pengecualian prinsipal adalah:-
  • Kebakaran, kilat, letupan (selain daripada gangguan turbin, pengubah transformer suis gear dan sebagainya) kecurian,runtuhan bangunan, pemendapan, kerosakan yang diakibatkan oleh air ( selain daripada petir dan taufan), banjir, gempa bumi , rusuhan dan mogok.
  • Bahan buangan atau seumpamanya atau mana-mana bahagian mesin yang menjadi lusuh akibat penggunaan biasa dalam melakukan kerja-kerja atau lain-lain kerosakan yang berlaku secara perlahan - lahan.
  • Bahagian-bahagian dan peralatan-peralatan yang boleh ditukar-ganti, rantai ,' belt" tali, 'conveyor bands' penyambung dan bahan pembungkus dan alat-ganti yang bukan dibuat daripada besi ( selain daipada alat penebat kawalan elektrik ).
Mesin-mesin Yang Boleh Dilindungi

Dandang (boiler) dan 'Pressure vessel' berkaitan, peralatan bantuan seperti kawalan dandang, alat pelepasan minyak (oil firing equipment) kipas dan pengembus dan pam pengisi (feed pumps).

Peralatan Elektrik termasuk alat pengulang-alik (alternators) dan janakuasa (generator), motor-motor, pengubah arah (rectifiers) suis- gear dan pengubah (transformer).

Peralatan mengangkat/angkut termasuk semua jenis kren (seperti mesin derik (derrick), penyangga tiang (cantilever), mesin 'goliath', portal dan 'overhead traveling', konveyor dan 'lift'.

Loji Mekanikal termasuk enjin-enjin turbin ( wap, air dan gas) penghembus (blowers) kompresor, pam-pam, peralatan mesin, peralatan menekan/merata dan pembekuan.

Mesin-mesin memproses dalam kebanyakan industri termasuk, simpanan dingin, industri kejuruteraan dan besi, pembuatan kertas/palpa, pencetakan, getah/plastik dan tekstil, makanan, minuman dan produk-produk pertanian.

Ternyata semua kilang yang dikehendaki tidak dapat dinyatakan kesemuanya tetapi adalah adil untuk mengatakan bahawa kilang yang tidak mempunyai faktor risiko yang tinggi atau yang tidak mudah lusuh menerusi penggunaan yang terlalu kerap adalah `lebih diinginkan.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP