IKHLAS Comprehensive Perils Takaful

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Comprehensive Perils Takaful(IKHLAS Peril-Peril Komprehensif Takaful)? 

IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL melindungi kerugian, kerosakan atau kemusnahan kepada harta-benda akibat sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian atau lain-lain malapetaka yang yang tidak dikecualikan secara spesifik.

Harta-benda seperti peralatan pejabat, komputer-komputer peribadi dan peralatan elektronik yang disewa-beli atau dipajak juga akan dilindungi di bawah seksyen ini.

PENGECUALIAN

a)
Kerugian-kerugian yang tidak dapat dielakkan seperti yang pasti akan berlaku samada berlaku kerugian atau tidak seperti haus dan usang, susut-nilai, berkulat, bercalar dan kemik atau lekuk.
b)
Kerugian yang berkaitan akibat mana-mana proses pembersihan, mencelup warna dan membaiki.
c)
Kerugian yang diakibatkan oleh kekusutan mekanikal atau elektrikal.
d)
Pemecahan benda-benda yang telah rapuh atau getas, jam tangan kecuali yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian
e)
Sebarang kerugian turutan contohnya, kerugian penggunaan/pendapatan kerana harta-benda yang dilindungi telah rosak.
f)
Dokumen-dokumen bernilai – saham, bon, wang syiling, setem, barangan antik, hasil-hasil seni, ukiran, benda lama yang berharga/benda aneh yang menarik

HARTA-BENDA YANG BOLEH DILINDUNGI DI BAWAH PELAN INI ADALAH
a)
Peralatan pejabat, perabut, lekapan dan lengkapan seperti mesin taip, mesin faks, mesin teleks, penghawa dingin, meja, kerusi.
b)
Barangan rumah dan barangan berharga.
c)
Telefon bimbit.

NOTA:
Peralatan Jentera & Peralatan (selain daripada peralatan pejabat dalam kategori risiko perdagangan dan perindustrian) akan dilindungi di bawah Takaful Peralatan Jentera & Peralatan kecuali Institusi Kewangan mendesak mahukan IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL.

Kami tidak melindungi stok dalam perdagangan di bawah Polisi IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL. Peserta perlu mengambil IKHLAS Burglary Takaful atau IKHLAS Fire Takaful atau IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL yang terhad kepada kebakaran dan peril-peril berkaitan dan kecurian.

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
Kod Agensi Takaful Ikhlas GG09825
~sebarang pertanyaan email ke GG09825@agensi-ikhlas.com.my

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP