IKHLAS Houseowner/Householder Takaful
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Houseowner/Householder?
IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-
- Kebakaran
- Kilat
- Letupan
- Kerosakan akibat impak pesawat udara
- Kerosakan impak
- Tangki air pecah atau melimpah
- Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
- Hurikan, siklon, taufan, ribut
- Gempa bumi dan letusan gunung berapi
- Banjir
- Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
- Tanggungan Awam Peribadi
Nota : Item 8,9 & 10 di atas tidak termasuk 1% daripada jumlah perlindungan ke atas bangunan atau RM200 pertama untuk setiap dan semua kerugian mana-mana yang kurang.
Sijil Ikhlas Houseowner
Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas.
Sijil Ikhlas Householder
Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.
Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:
* Pemecahan cermin ( selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
* Pampasan ke atas kematian peserta
* Hartamilik pembantu rumah
Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan
* Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan khianat
* Perlindungan sewa tambahan
* Tanggungan Awam - had-had tambahan
* Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan
dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan
rumah sahaja)